saya sekarang nak bercerita tentang perihal menarik harta or duit dari alam jin or bunian. Diceritakan kisah benar, seorang anak murid ustaz mail nie ceritanya hampir sama dengan hamba Allah A nie. Dia dapat lagi banyak duit, hampir 3 juta ringgit malaysia. Harganya...amat mahal. Iman dan keturunannya.
Gambar hiasan jongkong emas. Jongkong semacam nie lah saya tengok dgn mata saya sendiri yang diperolehi dari bunian di sabah. |
bagaimana dia boleh dapat 3 juta dari alam bunian? Dulu-dulu sebelum dia jumpa ustaz mail dia memang mencarik mencuba berusaha menarik duit dan harta dari alam bunian nie tetapi masa tu fail. Selepas dia belajar tentang konsep ilmu haq dan bathil dan memulangkan ilmu-ilmu bathil yang dia ada, tiba-tiba dia dapat mimpi seorang perempuan cantik menyuruhnya bertapa dia sebuah gua dikampungnya dan dia akan mendapat ganjarannya. Dia pun buat (untuk mendapat ganjarannya) dan satu syarat untuk dia mendapat harta dan wang2 yang di idamkannya itu ialah, dia kene berkahwin dengan bunian tu. Disebabkan jumlah yang tinggi dan sememangnya hamba Allah A nie dalam kesempitan wang, dia pun bersetuju dgn syarat itu, dan diberikan 3 guni besar duit. Satu guni ada lebih kurang RM 1 juta, 3 guni...3 juta.
dia pun jadi kaya sekelip mata. Bila isterinya tanya mana dia dapat duit banyak2 tu, dia cuma cakap dia main saham. Setiap malam jumaat, dia akan berkurung didalam bilik katanya nak beribadat. sebenarnya syarat isteri buniannya tu, malam jumaat dia punya. selain itu isterinya (bunian) tu pun mengajarkan ilmu-ilmu bunian dan mensyaratkan amalan bacaan itu berapa kali dan bacaaan ini berapa kali yang perlu diamalkannya untuk terus mendapat duit2 dari bunian nie.
dari cerita saya nie, diharap para pembaca dapat menangkap apakah harga yang harus dibayar oleh hamba Allah A nie untuk menjadi senang didunia. Saya simpulkan harga yang harus dibayar oleh hamba Allah A untuk mendapat apa yang dia hendak.
- Melakukan dosa besar iaitu berkahwin dengan bunian walhal bunian itu adalah separa jin dan bukan manusia. Ada fatwa mengharamkan perkahwinan antara bunian dan manusia. Nasaf yang berbeza, menyukarkan penentuan taraf anak, dan berkaitan dengan hukum syarak anak dan isteri buniannya.
- melakukan amalan wirid dan bacaan ayat itu dan ini dengan jumlah yang ditetapkan untuk tujuan mendapatkan imbuhan wang bunian dan Allah. Amalan dan ibadat hanya untuk Allah, tak boleh untuk makhluk yang lain. Syirik namanya.
Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembunyi.”
Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
- Bunian ini dapat memesongkan iman dan nawaitu seseorang dari kerana Allah kepada kerana Allah dan makhluk.
- Bunian akan dapat tuan dan rumah yang baru. tahukah anda tubuh manusia adalah tempat yang paling disukai bunian untuk dibuatkan tempat tinggal.
- keturunan hamba Allah A ini akan menjadi rumah-rumah bagi keturunan bunian-bunian. Isteri, anak-anak dan cucu-cuc , cicit-cicit keturunan A akan menjadi rumah2 bagi kaum2 bunian. Pendek cerita keturunan Si A nie dapat saka bunian.
Sebenarnya cerita yang sama berlaku juga kepada murid-murid ustaz mail yang lain. cerita murid B pulak,dulu2 time tengah2 jahil2 tu, tak dapat menarik batu delima merah ( yang boleh menyala dalam air, kalau letak dalam bekas semua air betukar jadi merah). Seorang lagi murid ustaz mail (murid B) ada kisah yang sama. Dia nie mencarik delima merah nie sejak dari muda. Selepas belajar dgn ustaz mail dan berubah menjadi baik (dulu2 kaki maksiat, kaki rasuah dan sebagainya), tiba-tiba tengah2 bawak kereta, muncul batu delima tu kat tengah-tengah seat driver dan penumpang. Disebabkan murid B nie faham dan tahu apa akibatnya mengambil harta or benda dari bunian, dia menyerahkan kpd kawannya yang memang amat nakkan batu nie. Dia cakap, "aku tak nak benda nie, aku tak nak ada share pun benda nie. kalau ko nak ko ambiklah, tapi akibatnya kau tanggung sendiri."
harga batu delima merah asli nie dikatakan boleh mencecah hingga RM5 juta. Agak panjang posting saya kali ini, harap maaf jika agak meleret2.
Kesimpulan dari cerita saya nie ialah, jauhilah dari mengambil harta dan duit dari alam bunian. Ada harga untuk dibayar iaitu mensyirikkan Allah, Ibadat dan amalan kerana duit. selain itu terambil aje benda (harta, wang or ilmu) dari alam bunian, sebenarnya anda dah terambil ilmu bathil walaupun yang diajarnya nampak betul. Ambilan benda or ilmu dari alam bunian takde yang haqnya, hampir kesemuanya bathil yang tersembunyi dan separa bathil.
Wallahu aklam...
bahaya jika dah tahu itu syirik..meminta biar pada Allah saja bukan kepada makhluk lain.....
BalasPadamBoleh percaya ke upacara tarik duit. Macam syirik je?.
PadamKalau kerja pun boleh tarik duit juga. asal rajin kan admin?>?
e-dagang ni sama ke dengan e commerce admin? e dagang ni betul2 memudahkan urusan seharian kan admin?. kalau pandai boleh ambil peluang perniagaan.
[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]
Macam2 ada$$$
Padamsalam tuan anon,
BalasPadamBab mencari duit bunian dan jin serta tarik duit dari alam jin terlalu banyak berlaku. Mostly berlaku sebab kebanyakkan tak tahu apakah harga yang perlu dibayar.
Saya pernah berjumpa dengan seorang hamba Allah dan dia dengan bangga bercerita dia dapat tarik RM5,000 dari alam bunian dengan bantuan bomoh.
Saya cuma menyatakan harga yang diperlu dibayar hanya dengan imbuhan RM5,000 tu. Amat tak berbaloi apabila bunian akan mengikuti sepanjang-panjang keturunan kita dan akan merosakkan iman kita dari dalam. Bunian itu akan berkampung automatiknya didalam badan kita jika kita ada terambil duit, barang or ilmu.
Bagi saya bab saka tu walaupu besar, yang lagi besar masalahnya apabila kita mensyirikkan Allah. nampak kecil aje tetapi impak kepada iman dan tauhid anda, hanya Allah sahaja lah yang dapat membantu.
wallahu aklam.
adakah semua ini benar atau semata-mata untuk menyuruh manusia berusaha melalui titik peluh..atau kita sudah menerima ajaran dr dulu yg sudah di pesongkan dan jadi amalan manusia sejagat masa kini...fikirkanlah....
BalasPadamsalam tuan 7hatibumi,
BalasPadambab menarik duit dan harta karun dari alam jin dan bunian nie dah menjadi satu penyakit yang dihidapi oleh orang melayu umumnya.
Saya sebolehnya nak jawab yang pertama iaitu menyuruh manusia berusaha melalui titik peluh sendiri, tetapi yang benarnya jawapan yang ke dua tu iaitu ajaran dari dulu lagi dipesongkan dan jadi amalan manusia sejagat adalah jawapan yang sebenarnya.
bukan setakat orang biasa, saya dengar dan tahu ada ulamak pun buat kerja tarik duit ini. Didalam cerita saya (posting hamba Allah yang dapat jongkong mas tu), pihak yang membantu dalam upacara nie, maaf cakap..adalah anak-anak murid dan cikgu sekolah pondok. Berzikir beribu-ribu kali...untuk apa? Untuk dapatkan keredhaan Allah or...nak dapatkan emas???
wallahu aklam..
Salam..jodoh ketentuan dari allah swt..hambanya hanya berusaha..
BalasPadamwalaikumsalam tuan ilham,
BalasPadamjodoh rezeki semuanya ditangan Allah swt. Usaha ada 2 jenis yang haq dan juga bathil. Bekerja dan berniaga adalah usaha yang haq tetapi mengadakan upacara untuk tarik duit dengan zikir-zikir sebutan nama Allah tetapi untuk menarik duit bunian adalah kerja bathil. Amalan yang haq perlu bertertib dan juga memakan masa. Allah menciptakan langit pun memakan masa 6 hari. Sebiji beras untuk makanan kita yang kita makan tak sampai pun 1 saat, memakan masa 4 bulan untuk menjadi beras.
Nak kaya boleh, berusahalah. Jangan buat kerja shortcut seperti upacara tarik duit dari alam bunian. Yang ditarik bukan sahaja duit ataupun emas tetapi bunian itu sendiri. Mereka ini akan berkampung didalam diri sesiapa sahaja yang terlibat.
terpulanglah kepada pembaca untuk membuat penilaian dan keputusan. Saya menyampaikan kerana Allah, tiada yang lain. Semoga semua pembaca diberkatiNya dan ditunjukkan yang Haq semata-mata.
Apa kaitannya Allah cipta langit PUN memakan masa 6 hari dengan amalan tertib dan juga memakan masa. Seolah olah Allah taala itu lemah. Jaga jaga bila membuat perbandingan
PadamBetul tu saudara tanpa nama.saya setuju ..benar..Allah maha hebat..maha sempurna..Allah tidak berhajat pada makhluk..yakin pada usaha dan titik peluh juga syirik namanya(syirik khafi)..
PadamAssalamualaikum,
Padam1. Apa yg sy ingin sampaikan ialah apa sahaja yg haq sememang nya bertertib dan memakan masa.
2. Allah bagi Nya untuk Dia ciptakan langit dan bumi dalam sekelip mata pun boleh akan tetapi Allah dengan cara dan hikmahnya. Ini peraturan Allah. Yg haq mesti bertertib dan bersusun dan memakan masa. Yg bathil biasanya sgt shortcut dan tiada susun cara.
3. Ilmu kefahaman tauhid bab ini kena dalami dahulu. Tak boleh menerjah dan tanpa ilmu terus membuat keputusan.
Wallahuaklam
Salam..Alhamdulilah.. Allahu akhbar...mga allah membukakan hati2 saudara2 seislam untuk kembali ke jalan yg benar..aamin
BalasPadamsalamm..ingin bertanya dan untuk mendapat kepastian?...cmne pula jika orang dari alam bunian datang dan memaklumkan kita supaya mengambil harta tersebut sebab diorang dah x mampu menjaganya dan pemiliknye harus mengambilnya....tolong sy..apakah tindakan yg wajar dan perlu sy ambil?
BalasPadamWalaikumsalam,
Padamjangan ambil. Alasan yang paling mengarut tu. Itu adalah tipu daya bunian itu sendiri. Jangan ambil apa apa barang dan belajar dengan bunian. Tuan bukan pemilik barang dan harta tu.
Ambil aje barang tu berderet deret bunian akan masuk kedalam diri tuan dan akan menganggu iman dan batin tuan.
saya cadangkan tuan berjumpa ustaz mail dan belajar cara untuk mengalahkan bunian tu.
wasalam
Assalamualaikum, saya baru saja dpt tahu rakan saya terlibat dengan amalan tarik barangan bunian ini. Sudah banyak barang2 yg ditarik keluar. Ini terbukti apabila saya sendiri melihatnya. Persoalannya di sini bagaimana untuk saya mengubah cara kehidupan rakan saya yg sudah jauh terpesong.. memandangkan dia sudah terlalu taksub dengan amalannya... kadangkala saya terasa amat geram dengan penceritaan dan kepercayaannya. Memandangkan saya ini tidaklah pandai berkata2 untuk mematahkan hujahnya.... ssaya hanya berdiam diri dan memendam perasaan geram..
BalasPadamSalam tuan,
Padamsusah nak betulkan fahaman dan pendirian kawan tuan tu kecuali Allah sendiri yang duga dan uji dia. Bab macam ni kalau Allah sendiri yg uji barulah orang yang terlibat tu faham. There is no free lunch when i comes to jin dan makhluk halus ni.
sabarlah tuan. Sampaikan aja apa yg termampu. Jika dia menolak biarlah dia dgn pendirian dia. Doa aje pada Allah minta Allah tunjukkan dan betul kan dia.
wasalam.
oh makna nya duit yang dapat dari bunian itu adalah haram la yeah? lagi2 kalau yang main tarik duit mengunakan barang sperti batu yg khadam?
BalasPadamsalam,
BalasPadamuntuk letak hukum halal or haram, saya bukanlah ustaz yang belajar bab feqah. Tapi saya akan cuba terangkan dan tuan decide lah sendiri.
niat yang haq perlu disusuli dengan amalan yang haq. kebanyakkan upacara menarik duit bunian nie semuanya beramalan. maksud amalan tu, ialah amalan ibadat khusus seperti zikir, puasa dan solat yang dibuat atas niat nak kan duit.
Ibadat khusus perlu dibuat kerana Allah semata-mata. tak boleh buat puasa sebagai contoh untuk dapatkan duit bunian. Puasa hendaklah kerana Allah.
kalau cara dah mensyirikkan Allah, bagaimana dengan duit yang anda dapat jika dapat lah? Cara bathil, hasilnya juga jadi bathil.
macam mencuri, cara bathil..hasilnya bathil.
saya tak meletakkan fatwa duit itu haram. Tetapi, apakah hukumnya..tuan decidelah sendiri. Saya bukan ulama atau mufti yang boleh keluarkan fatwa.
Wallahu aklam.
macam mana dengan solat hajat yg di lakukn untuk sesuatu hajat seperti mendapatkn pekerjaan yg baik..kerana dlm solat tu kita berhajat sesuatu tetapi dengan mengharapkn bantuan allah. .ni pun salah ke?sbb solat nk kn sesuatu hajat. .dan satu lagi..ada setengah guru dia lakukn solat hajat untuk mnta dana alam ghaib dengan mengharapkn bantuan allah dalm usaha dia macam mana plak tu??apa kah perbuatan ni bathil??tolong beri pencerahan sikit...
Padamsalam tuan boy,
Padam1. Solat hajat adalah kesinambungan daripada doa iaitu kita membuat solat khas bagi meminta bantuan daripada Allah.
2. Solat hajat macam mana sekali pun akhirnya mesti ada usaha. Sebagai contoh buat solat hajat minta dana dari alam jin.
3. Akhirnya tetap akan ada upacara untuk tarik dana atau duit atau emas yang perlu dilakukan. Upacara ini adala syirik disebabkan ada bacaan alqura dan zikir yang dibuat untuk memenuhi syarat yang ditetapkan ole jin penjaga. Nak buat zikir dan bacaan alquran boleh, tapi buatlah kerana Allah semata mata.
4. Adalah lebih baik jika buat solat hajat minta Allah permudahkan rezeki dan dana daripada manusia dan alam manusia berbanding minta pertolongan jin. Allah dah larang minta tolong jin, sebaiknya jangan lah buat.
5. So memang kerja buat solat hajat minta dana jin dan bantuan Allah untuk dapatkan dana jin ni kerja bathil. Dah awal awal Allah tak bagi , jangan lah buat.
Wallahuaklam
Biar xkaya pon...janji tidak tergadai agama..bunian dgn jin sama keturunan...hari ini dia tolong kita...esok dia minta apa2 plk dari kita...Dunia ni sekejap saja...duit berjuta2 pon bkn boleh bwk ke mati...
BalasPadamErm. Sila belajar lebih mendalam ilmu hakikat sebelum jatuh hukum. Terima kasih.bersihkn hati sendiri sebelum bersihkn hati org.
BalasPadamsalam tuan mohd rizuan,
Padamsudah belajar tuan. lepas hakikat , makrifat bukan? Saya dalam perjalanan membersihkan hati saya. Terima kasih atas nasihat tuan.
saya bercakap berdasarkan makrifat , mata hati , pengalaman dan juga ilmu agama terutama bab hadis. Jika salah point saya, silalah nyatakan dimana.
setinggi mana ilmu hakikat ke, makrifat ke, bab syariat perlu dikekalkan dan diteguhkan.
Ibadah dan ibadat perlu diniatkan hanya kepada Allah. Jangan beribadat utk harta dan kekayaan. Syirik jadinya.
Wallahu aklam
Assalammualaikum , beri salam sebelum nak bercakap , nak tegur benda yg kdg2 manusia lupa .
PadamSalam..menyentuh tentang syirik ni ingin saya kongsi bersama,sebagai manusia yg kerdil segala-galanya,Prnah sy terdengar dan mungkin ssetengah org tentang istilah "ada wang semua boleh jadi",ssuatu kata jika difikirkan segala kehendak dan kemahuan boleh direalisasikan janji ada wang.Apa benar begitu?bolehkah wang membeli segalanya dan tidakkah itu ditafsirkan sebagai syirik?
BalasPadammenyentuh tentang batu..kenapa di tepi kaabah ada batu aswad yg dicium oleh setiap org yg datang k Mekah?apakah peranan batu tersebut?1 lagi jika kita teliti salah 1 pedang RasullullaH SAW,mempunyai tatahan batu2 permata..adakah Nabi SAW pergi berjihad pisabilillaH kerana inginkan glamour dgn memiliki sibilah pedang yg bertatahkan betu2 permata?sy yg lemah ini tercari-cari jawapan..jk boleh membantu.boleh tolong jelaskan di sini..
Salam,
PadamJawapan saya hanya berdasarkan pengetahuan saya yang tak seberapa sahaja jadi terpulanglah pada tuan bab penerimaannya.
1. Ada wang semua boleh jadi. Adakah ianya syirik. Bab ini agak subjektif tetapi jika nak dihalusi memang boleh menjurus kepada wang tu berkuasa dan sesetengah orang letak kuasa duit itu sama dengan kuasa Allah. Tapi bab itu saya biarkanlah pd tuan utk menilainya.
2.bati awsad adalah difahamkan adalah batu dari syurga. Kenapa ramai nak cium? Mudah aje sebab itu adalah sunnah Rasulullag. Kalau tak silap saya Abu Bakar a.s pernah berkata pada batu aswad. Aku mencium kamu batu aswad hanya sebab Rasulullah mencium mu dan itu sunnah. Jika tidak kamu hanya batu biasa sahaja bagi aku. Lebih kurang lah bunyinya.
3. Bab batu permata. Saya hanya menekan batu permata yg dibeli dikedai iaitu nilam zamrud dan sebgaibya yang diikat pada cincin. Permata pada pedang Rasulullah lain martabatnya. Kalau tak silap saya (betulkan saya jika salah) permata itu dipasang kemudian. Masa perang yang sebenar batu itu tak ada lagi. Selepas Rasulullah wafat barulah pedang itu diperbaiki dan diperelokkan dan dipasang dengan batu permata dan sarungnya dibuat baru.
Tak semua batu permata berpenghuni dan sebenarnya memang ada cara utk hancurkan penghuni didalam batu tu. Ilmu dan pengetahuan Rasulullah memang tinggi.
assalamualaikum
BalasPadamsaya nak tanya asal usul bunian ini sebenarnya dia dari keluarga apa dan sy pernah terdengar bunian ini dari golongan manusia malu dan minta di hilangkn dari pandangan mata. sy masih tak faham adakah orng bunian ini makan seperti manusia atau jin sebab dia berada di alam lain.
Walaikumsalam,
BalasPadamUntuk kupasan lanjut sila cari psting saya berkenaan bunian. Taip didalam kotak search this blog belah atas kanan blog saya ini.taip bunian
Apa pn saya akan jelaskan secara ringkas. Utk penerangan lebih jelas silalah lah baca post berkenaan bunian.
Bunian adalah makhluk jin separa manusia. Makluk hybrid. Kacukan manusia dan jin. Bunian terhasil apabila wanita manusia dirogol jin ataupun manusia lelaki dirogol jin betina.
Mereka bukanlah manusia dan seperti cerita yang cik tahu itu. Mereka tidak makan sperti manusia nasi dan sebagainya. Ini disebabkan jisim.mereka adalah halus seperti jin dan makanan mereka sedikit berbeza dgn jin. Tetapi mereka tidak makan nasi dan ayam yg bermusim kasar sperti manusia.
Wallahu aklam
assalamualaikum sahabat
BalasPadamramai jiran-jiran saya adalah jin. selepas kecewa dengan kejadian pecah rumah secara berkali-kali oleh manusia, saya lebih percaya dengan golongan jin. ada yang menjaga rumah saya tanpa bayaran, mengejutkan saya waktu solat subuh dan menakutkan golongan pencuri yang hendak datang rumah saya. rumah saya memang jauh daripada orang ramai. hendak harapkan jiran berhampiran, ramai yang penagih dadah. pendapat saya...situasi darurat ini menyebabkan harus untuk saya berkawan dengan jin islam. dengan izin ALLAH sememangnya saya memang mampu berkomunikasi dengan jin. entahlah... nampaknya setakat ini perangai diaorang lebih baik berbanding manusia penagih dadah tu.. x pernah lak diorang offer harta benda kat saya. yang tumpang nak sembahyang jemaah ngan belajar agama adalah..wallahuaklam
Waalaikumsalam man sai,
PadamSaya merasa sedih dengan tindakan tuan sebenarnya. Didalam alquran Allah melarang dengan keras perbuatan manusia meminta bantuan dan perlindungan dari jin. Walaupun tuan meletakkan keadaan darurat, sesungguhnya harta benda yang hilang ada satu ujian kifarah utk tuan.
Memang tuan boleh berkomunikasi dngan jin disebabkan tuan dah meminta bantuan mereka utk menjadi pengawa. Jin jin tu sedang berkampung didalam diri tuan walaupun tuan nampak mereka diluar.
Tak banyak beza pun perbuatan tuan ni dengan perbuatan orang zaman dulu yang mengambil hantu raya sebagai pengawal harta benda. Hantu raya pun jin. Ada yang islam pun.
Saya berpesan kepada tuan supaya mengeluarkan kesemua jin dan batalkan perjanjian yg dah dibuat. Harga yang tuan perlu bayar utk amatlah besar tuan. Jin jin ini akan menjadi saka kepada keturunan tuan dan akan menjahanamkan iman tuan dan keturunan tuan.
Lakonan jin memang amat mantap. Mmg nampak baik aje, tapi jin yg betul bertaqwa akan mematuhi larangan Allah utk tidak membantu manusia.
percayalah. Sakaratul maut akan menjadi amat dasyat kepada sesiapa yang berdampingan dengan jin selain kehilangan iman secara halus dan perlahan.
saya berpesan pada kebenaran dan kesabaran.
wallahu aklam
Salam. saya ada seorang rakan yg sedang berusaha melakukan amalan menarik duit ni. die sekarang nak beli seekor kambing (ada bentuk dan kriteria trsendiri) sebagai ganti kepada bunian untuk mendapatkan duit tu. dan sekarang dia meminta saya membayarkan 1/4 daripada harga kambing itu dan sebagai ganjarannya, dia akan memberikan 1/4 daripada hasil tarik duit itu. adakah saya juga akan dikira bersubahat dan mungkinkah bunian akan masuk kedalam diri saya dan akan menganggu iman dan batin saya? Harap dapat bantu. terima kasih.
BalasPadamwalaikumsalam,
BalasPadammaaf terlepas pandang soalan tuan. Ya tuan bersubahat dan bunian akan masuk kedalam diri tuan. Lebih baik tuan janagan masuk bersubahat dalam kerja tu.
dosa bersubahat buat kerja syirik. elakkan lah tuan. jika tak dapat elak, cakap saya bagi duit ni aje yang lain takda. Aku tak nak tahu dan subahat dengan kerja ko. aku just bagi pinjam duit pada ko.
sebaiknya jangan sebab tuan dah tau niat dan kerja dia.
wallahu aklam
salam danish
BalasPadampada pendapat tuan, macamene ustaz dan pengamal perubatan islam dapat tengok & berkomunikasi ngan jin, adakah disebabkan dia ada pendamping atau memang ada kaedah lain. confuse...Baru2 ni sy ada berjumpa dengan seorang ustaz, bagi tujuan berubat sebab nampak macam2 sebab mata saya kadang2 suda jadi mata x-ray berlaku dengan izin ALLAH, kiranya kalu orang pakai baju 2 lapis pun..serupa macam bogel jugak lah.memang nampak.Mula2 seronok lah tapi lama2..tekanan jugek. Paling seksa kalu pergi pasar malam habis saya nampak. Dia ada offer saya jadi anak murid dia. Tujuan saya adalah utk mengawal mata saya untuk tengok benda disebalik tembok je..apa dalam baju orang saya dah tak minat mau tengok. tapi...dalam berkira2 bersetuju jadi anak murid dia..saya ternampak kelibat lembaga ustaz tu di hadapan rumah saya.Ustaz ni kiranya....terkenal jugak. Dia pun adalah seorang imam masjid.takkan dia punyai ilmu salah. sebabnya kelibat makhluk tu memang sebijik macam dia
Salam tuan,
PadamHebat juga ilmu dunia warisan generasi diatas tuan. Dinamakan sebagai saka. Kelebihan tuan adalah disebabkan pendamping saka tuan. That why tuan dapat tgk disebalik yang disebalik. Ilmu scan dan pa dang tembus yg haq memang ada tapi boleh dion dan dioffkan dan hanya yang imannya dah sedia yg dapat.
Iman masjid, ulama besar dan ustaz alfadhil tak terlepas daripada warisan saka dan ilmu bathil. Mmg yg tuan nampak tu pendamping ilmu ustaz masjid tu.
Untuk offkan dan buang ilmu scab bathil dan gantikan dengan ilmu yg haq, sila lah call no pada blog saya. Tuan akan kehilangan scan pandang tembus itu tapi Allah akan gantikan dengan ilmu yang lebih baik dan yang haq.
Wallahu aklam
Lupa nak jawab soalan yang kat atas. Pendapat saya tentang pengamal perubatan islam or tradisional yang boleh berkomunikasi dan tengok jin mostly dari khasaf jin. Walaupun daripada perubatan islam.
Padamcara kami berbeza dengan cara perubatan islam yang lebih kepada berunding dan berdakwah kepada jin. Jin yg ganggu manusia adalah kategori syaitan dan syaitan amat sukar didakwah dan masuk islam. Mulutnya mengucap dua kalimah shahadah tapi hati mereka tetap kafir kepada Allah.
Kami hanya bagi amaran beri pilihan cara mati ataupun keluar terus dr tubuh mangsa. Kami tak akan berunding ataupun memaksa mereka ni masuk islam sebab banyak jin islam tapi tetap menjadi syaitan.
Harap saya menjawab persoalan tuan.
Wallahu aklam
terimakasih danish...
BalasPadamsaya x nak menyusahkan danish la... kalau itu jawapannya.... lebih baik masa yang ada saya guna utk beribadat serta berzikir daripada pertempuran yg tak akan habis..sebelum ini pun saya memang pernah merasai bahang pertempuran dengan bomoh siam, asli, indonesia dan melayu. cukup-cukup lah..
saya lebih suka tarbiahkan jin drpd membunuh jin.semoga ramai yang masuk islam.tahap keimanan mereka pula bukan kuasa kita yang menentukannya.. ajal dan maut kita hanya ALLAH yang tahu.teruskan perjuangan anda sekiranya anda yakin.saya pun suda boleh off kan pandangan dengan cara berselawat sebanyak 3x dan sapu ke muka. semoga pada satu hari nanti kita dapat bertemu dan bersahabat.
wallahuaklam.
haah..betul tu..danish ni memandang seolah2 jin islam tu pon jahat..bkn nye kita minta tolong pada jin tu maknanya syirik..kalau macam tu kalau danish ni kena rompak, jgn report polis..minta polis siasat tu hukum nyer syirik ke?saya setuju dgn pendapat anda anonymous.
PadamSalam tuan anon,
PadamJauh sungguh perumpamaan tuan anon pasal kena rompak dan report polis. Allah dah melarang keras manusia meminta bantuan dan pertolongan jin. Jin islam ke kafir ke..sama sahaja. Jin islam yg bertaqwa tak akan melanggar larangan Allah utk tidak membantu manusia. Jin Yg mengaku islam dan tidak bertaqwa sahaja akan melibatkan diri dengan manusia.
Jangan gunakan pendapat. Yang jelas Allah larang jangan lah buat. Sebabnya sesiapa yg minta tolong dengan jin akan syirik pada akhirnya selain berdosa kerana melanggar perintah Allah.
Jin islam mcm.manusia islam jugak. Ada yg islam tapi jadi syaitan manusia yang merogol sesama manusia.
Wallahu aklam
Salam tuan...
BalasPadamSy nk tnye..trkadang sy akn nampak benda2 halus ni sprti pontianak, genderuwo dn baru2 ni pocong dn mcm2 lg..apkah benda2 ni ada pd dlm badan sy jg ke?risau jgak..
Walaupun salam,
PadamYa. Jika nampak sebenarnya kita dah terlambat. Benda tu dah pun masuk kedalam diri kita dan itu lah sebabnya kita nampak.
Tuan hubungi lah ustaz mail jika nak mengetahui cara nak buang dan keluarkan benda dr diri.
Wallahu aklam
salam,
BalasPadamsaya ada masalah dengan abah saya dan ibu tiri saya, ibu tiri saya telah mengajak abah saya berjumpa dengan pak aji di paloh untuk menarik duit, ada byk benda yg perlu didapatkan dan dibuat sebelum dapat duit tersebut, mereka telah mengumpul, keris, tongkat, pedang, batu2 delima, paku, cuma tinggal minyak wangi dan tanah dikampung, kononnye mereka mengambil harta keturunan sebelah abah dan ditukarkan menjadi duit, kami adik beradik sudah puas bergaduh pasal perkara ini, kami dah beritahu perkara ni syirik tapi mereka berdegilnak meneruskan juga, tolonglah apa lagi harus kami lakukan.
walaikumsalam haikal,
Padamnampak gayanya tamak dah menguasai diri ayah dan mak adik. cara terbaik sekarang ialah solat hajat dan mintaklah Allah tunjukkan kepada mak dan ayah yang kerja menarik duit bunian ni adalah kerja syirik.
semuanya permainan bunian nak menjahanamkan hidup anik sekeluarga. Apa apa pun, solat hajat. Cari air zam zam dan doakan bersama doa air zam zam. masukkan sekali doa adik bekenaan tarik harta bunian ni.
nak mengubah hati seseorang, hanya Allah sahaja berkuasa. Tak banyak kita boleh buat kecuali berdoa dan usaha nasihatkan.
jangan risau ada cara untuk menghindari bunian tersebut mamasuki diri adik beradik dalam bentuk saka. adik boleh hubungi ustaz mail untuk bantuan dan tunjuk ajar.
Wallahu aklam
salam tuan..saya confuse la bagaimana ya mak saudara saya boleh nampak puteri puteri..tapi saya tak nampak pun..kalau boleh saya nak tengok jugak cantik sangat ke puteri tu..lepas tu dia cakap ade emas dekat belakang rumah saya..
BalasPadamwalaikumsalam tuan stand keris,
PadamAdik tak nampak sebab bunian itu belum kuasai diri adik sepenuhnya. Mak saudara adik tu dah dikuasai oleh bunian. Bunian tu bukan kat luar, tetapi tinggal didalam diri mak saudara adik tu.
cantik memang lah cantik tetapi itu hanyalah rupa kasar dan luaran. Ada lapisan rupa yg didalam , yang disebalik, buruk dan bertaring sebenarnya.
manusia adalah secantik dan sebaik baik kejadian Allah dimuka bumi. Secantik mana pun bunian, cantik lagi manusia.
tipu aje ada emas kat belakang rumah. Itu salah satu tipu daya bunian.
saya harapkan adik dapat hubungi ustaz mail dan buangkan saka bunian yang mengikuti adik dalam bentuk saka tu.
Wallahu aklam
Adakah wujud kes tarik duit pakai batu delima dan terima buah delima dari buah delima? Saya dah baca entry tentang ni dan komen2. Tapi masih ragu- ragu tentang kebenaran kisah ni. Terima kasih
BalasPadamsalam justina ishak,
BalasPadamsaya kurang pasti bab tarik buah delima dari buah delima. tapi bab batu delima merah yang asli, letak dalam air bertukar jadi merah tu..yang tu memang ada. batu delima ni memang ampuh dan kalau ada, sebenarnya batu delima tu memang dah ada bunian kat dalamnya. Memang mudah dan dapatkan duit dan harta kalau dah ada batu tu. Harganya besar..mensyirikkan Allah.
Wallahu aklam
Sikit-sikit syirik. Cin2 Nabi Sulaiman juga batu D5 merah yang membolehkan baginda takuluki jin. itupun syirik kah...?
PadamSalam tuan anon,
PadamDaripada sumber manakah tuan dapat cerita Nabi Sulaiman a.s menggunakan batu delima untuk takluki jin?
Berdasarkan kisah didalam kitab Nabi Allah Sulaiman diberikan tiga pilihan berupa 3 hadiah oleh Allah. Pangkat, harta dan ilmu. Nabi Sulaiman a s memilih ilmu.
Ilmu yg diperolehi oleh Nabi Sulaiman a.s adalah ilmu yang haq yang menjadikan dia khalifah yang sebenarnya khalifah
nabi Allah sulaiman menakluki or dapat memerintah jin disebabkan ilmu bukan batu delima. Harap maklum.
Wallahu aklam
Tertarik dengan cerita/ulasan dan komen. Terpanggil
Padamsaya untuk berkongsi cerita.
Sepupu saya berjumpa ustaz adi wijaya kg belahan tampok,
rengit, batu paha, johor. t soal berat jodoh.
Sepupu saya buka cerita soal ‘nenek’ sebelah emak yang dulunya bidan kampong dan takut sakanya menyebabkan
dia 3 beradik berat jodoh.
Setelah diteliti, ustaz tu kata tak ada apa masaalah...
entah macamana ketika bercerita sepupu saya boleh bertanya kisah batu delima raja bunian.
Memang rezeki dia !, ustaz tu boleh ‘berhubung' dengan
mahluk halus tersebut dan dapatkan sebutir batu delima
tujuan untuk dibuat mata cincin. Semenjak pakai cincin tu macam ada daya penarik, ramai lelaki yang dulunya jinak-jinak lalat dah jadi macam pengemis cinta, beriya-iya ajak dia nikah/kawin.Mungkin itu kebetulan, tetapi maksudnya
kisah2 batu delima bunian ini rasanya benar.
assalamualaikum ..
BalasPadammnsyirikn adalah kita ..
jika kita mnggunakn delima sebagai ikhtiar .. x mnsyirikn ... lainlh kamu mnggunakn dn percaya kuasa delima itu yg mnolong kamu .. ini barulh syirik ..
klau kamu mkn nasi dn percaya nasi yg kenyangkn kamu ..itu dh jatuh hukum syirik ..
Walaikumsalam tuan nasaruddin,
PadamBerikut adalah jawapan saya.
1. Bagaimana kah batu delima boleh berfungsi nak menyembuhkan dan bagaimana nak jelaskan melalui kaedah sains ataupun perubatan?
2. Jika batu delima tu boleh dimakan dan ditelan mcm buah delima, boleh dijelaskan melalui kaedah perubatan seperti galian dan vitamin nya berfungsi membantu badan melawan penyakit.
3. Batu delima adalah batu semata mata. Mata batu tepi jalan sahaja. Tiada sebarang kuasa kecuali adanya unsur unsur khadam batu delima yang bertugas menjadikan sesuatu. Af'al atau perbuatan jin.
4. Saya harap penjelasan saya boleh diterima. Jika tuan tetap nak berharap asbab batu delima silakan. Saya hanya menyampaikan.
5. Batu delima adalah makluk yg x bernyawa. Mcm patung sembahan juga. Ada sebarang kuasa kah batu batu ini?
6..dalam kes batubyg diukir menjadi tuhan sembahan, menjadi tempat tinggal syaitan. Batu Delima pun sama.
Wallahu aklam
terbntuknya 1 permata mmkn masa jutaan tahun .. x mustahil ciptaan allah ni tiada aura .. nk jelaskn dri sudut sains mmg pnjang .. try search google .. mngkin jmpa .. tntang yg ghaib semua ada kajian sains ke ? ... bunian brkmpung dlm jasab manusia ada kajian sains ? .
BalasPadampemikiran manusia tetap ada silapnya walau dlm brmesyuarat sekalipun .. mngkin sy salah atau awak salah .. x kisah lh sape salah ...
yg kita bincangkn tntang hukum syirik .. so. ape shja yg kita bt jgn percaya sesuatu yg ajaib dtng dri mahkluknya ..tapi percaya yg allah maha berkuasa pd setiap ciptaanNya ..
ape pun kita buat atau yg berlaku semuanya kekuasaan allah .. percaya dgn kebesaran kuasa allah ..
bgi individu yg tarik duit .. semua tu kuasa allah .. mcm mna jika individu tersebut berpuasa sunat , berzikir dn solat hajat .. meminta pd allah supaya dimurahkn rezeki ..dn semasa ritual tarik duit hnya berzikir " laaillaha'illah " .. mcm ni syirik ke ? sy sndiri x tahu .. semua allah yg maha mngetahui .. jgn mncari salah org lain sedangkn kita x tahu tntng ilmu allah .. yg nyata mahupun yg ghaib .. lgi baik brdiam diri .. sedangkn diri kita sndiri x tau sedekat mna kita pda allah ...... .
waallhu'alam bissawab
"allah lebih mngetahuinya yg sebenar benarnya"
salam tuan,
Padamsaya tidak berhasrat nak memanjangkan sessi soal jawab dengan tuan. jika saya tidak menjawab bermaksud saya tidak ingin meneruskan lagi soalan dan jawapan dengan tuan. tuan boleh teruskan kepercayaan tuan dan saya tetap akan menyampaikan yang haq hanya kerana Allah. berikut adalah jawapan daripada saya.
1, Yang berisko untuk syirik adalah orang yang mencari batu delima dan menggunakan batu delima itu untuk tujuan menarik duit. Duit siapa? Duit bunian or harta bunian. Adakah logik akal makluk jin nak memberikan sesuatu secara percuma tanpa perlukan sebarang harga or bayaran sebagai timbal balas.
2. batu delima merah adalah dari alam bunian. Memang ada bunian mendiami batu ini. Kenapa perlu batu delima? kenapa tak pakai sahaja batu jenis lain? Batu delima dari alam bunian untuk tarik harta dari alam bunian. Mudah nak faham.
3. Ibadat khusus seperti berzikir Lailahillah sebagai contoh nya adalah untuk mengesakan Allah pada sifatnya. Adakah perbuatan dengan niat menarik duit/harta bunian dengan masa yang sama nak mengesakan Allah tidak menyekutu kan dia. Didalam hadis terang dan jelas Rasullulah risaukan umatnya membuat ibadah khusus dengan niat yang tersembunyi dan lain daripada sebab Allah.
3. Puasa pun sama. Perlu buat kerana Allah semata mata, Tak boleh puasa sebab nak tarik duit dan sebab kerana Allah. Namanya menyekutukan Allah.
4. Keesaan Allah adalah pada NamaNya. Boleh kita mengeasakan Allah dengan niat yang lain daripada memuji dan membesarkan ZatNya?
Tepuk dada, tanyalah iman tuan. Saya hanya menyampaikan. Jika tuan tetap rasa kerja tarik duit bunian sambil sambil beribadat khusus sebab duit dan Allah itu boleh, terpulanglah pada tuan. Berdoalah minta Allah tunjukkan bab ini. Saya dah mengalami pelbagai jenis ujian disebabkan perkara seperti ini.
Wallahu aklam
tarik duit = menyekutukan Allah s.w.t. kerana niat kita adalah nafsu dunia. bukan kerana Allah.
Padambukan menyekutukan Allah ke kalau beribadah nak 'harga dunia' + 'Allah' sekali?
PadamSalam tuan anon,
PadamJawapanya ialah ya. Menyekutukan Allah atau syirik. Nak Allah dan harta dunia.
awak dh mngkaji tntang batu permata sblm mnberi pendapat ?
BalasPadamsaya tak mengkaji batu permata. Saya nampak ada khadam didalam batu permata. harap maklum.
Padammacam mana awak bleh nampak??ada bunian le dalalm badan tuan??sebab semua yg bertanya tentang nmpak jin or khadam tuan ckap ada jin or saka dalam badan...tuan pun pkai khasaf jin jgak ke??jgan main2 ni...
Padamsaya pernah dengar ustaz ckap pasal hadis kalau x silap saya yg nabi bg tahu bukan dari kalangan aku kalau umat dia nampak benda ghaib...(jin or bunian)mcm mana tuan bleh nampak???hairan jgak..kalau saya slah bab hadis tu tlong perbetulkn..
PadamSalam tuan boy,
Padam1. Bukan hadis tu. Berkenaan tak boleh nampak jin. Itu pendapat iman iman. Pendapat bukannya fakta.
2. Byk hadis hadis berkenaan Rasullulah s.a.w dna para sahabat nampak jin dan syaitan.
3. Sila rujuk bab dalil dan nas teknik bunuh jin seperti dibawah:-
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/06/dalil-dan-nas-teknik-bunuh-iblis.html?m=1
4.byk sebenarnya hadis berkenaan jin itu sebenarnya nampak dan nyata.
5. Ada masa kelak saya akan postkan kembali berkenaan tafsiran alquran berkenaan jin itu sebenarnya nampak dan boleh dilihat.
Wallahualam
Salam tuan boy,
Padam1. Bukan hadis tu. Berkenaan tak boleh nampak jin. Itu pendapat iman iman. Pendapat bukannya fakta.
2. Byk hadis hadis berkenaan Rasullulah s.a.w dna para sahabat nampak jin dan syaitan.
3. Sila rujuk bab dalil dan nas teknik bunuh jin seperti dibawah:-
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2011/06/dalil-dan-nas-teknik-bunuh-iblis.html?m=1
4.byk sebenarnya hadis berkenaan jin itu sebenarnya nampak dan nyata.
5. Ada masa kelak saya akan postkan kembali berkenaan tafsiran alquran berkenaan jin itu sebenarnya nampak dan boleh dilihat.
Wallahualam
salam,
BalasPadamsaya tambah sedikit lagi komen berkenaan syirik. Syirik itu mempesekutukan Allah atau menyamakan makhluk dengan Allah atau melebihkan makhluk lebih daripada Allah. Komen saya berkenaan ibadah-ibadah khusus yang dibuat sebagai pra syarat nak dapatkan harta bunian ni ialah mensekutukan Allah? Nak harta dan nak keredhaan Allah. Allah mengetahui hati kita.?
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(Al-An'aam 6:162)
Daripada ayat diatas terang dan jelas Allah menyuruh kita beribadat hanya kerana Dia. Jangan buat ibadah zikir dan puasa sebab nak dapatkan harta. Syirik jadinya.
selain dari itu point kedua adalah seperti berikut.
`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
(Al-Jinn 72:6)
kerja menarik duit dari Alam bunian ni adalah kerja meminta pertolongan daripada golongan jin. Allah melarang keras manusia meminta pertolongan daripada Jin dan melarang keras jin membantu manusia. Larangan ini bermaksud haram.
Amalan yang haq (yang Allah suka dan redha) adalah bertertib dan memakan masa. Bekerja lah macam orang lain atau berusaha lah dengan akal dan tenaga yang Allag bagi bagi mencari rezeki dan kekayaan. Jangan buat kerja shortcut dan magik macam tarik harta bunian.
Wallahu aklam
macam mana kalaun jin tu dah bgi...letak depan mata...xde syarat pape..dia cuma nk bgi je...niat nk tolong org yg susah..mcm mana tu??
PadamSalam tuan boy,
Padam1. Jin bukan manusia. So mmg tak ada jin yg tolong manusia sebab nak tolong.
2.pepatah arifbillah mmg benar. Sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia.
3.byk manusia yg baik yg boleh bantu sesama manusia atau haiwan tanpa sebarang imbal balas. Tetapi itu manusia. Itu lah sebab manusia Allah jadikan khalifah dimuka bumi ni. Sebab manusia adalah sebaik baik mahluk dan semulia mulia makhluk ciptaan Allah.
Wallahualam
tiada keje yg shortcut .. sedangkn rompak bank perlu usaha ... nmpak sgt bodoh sombong awak ..byk msj sy x dipaparkn .. awak takut pd pndapat awak yg silap ? awak sbenarnya dh fitnah org .. dosanya sama dgn mnbunuh org .. "sama"
BalasPadampnguruan kami akan bunuh jin yg kami suruh ambil duit bunian .. adakh itu minta tolong ? " akal "
Salam tuan,
PadamSaya nampak jin itu ada dalam diri tuan. Bagaimanakah tuan katakan perguruan tuan bunuh jin.
Tetap shortcut tuan. Mintak dengan bunian dan minta pertolongan syn jin.
Tuan nak kebenaran yg haq ataupun kebenaran yg tuan nak.?
Saya x akan melayan sebarang komen yg seterusnya dr tuan. Say atak sebut nama sesiapa pun.
Tepuk dada tanya iman. Wallahu aklam
menurut gappima,ilmu scan dari jarak jauh atau nampak atau bleh berckap dgan jin adalah bertentangn dgan rawatan islam...mcm mana tuan danish bleh scan aurora nasrudin dari jauh??atau dari tilikan nama atau dari gambar??mcm mengarut je..
PadamSalam tuan boy,
Padam1. Itu pendapat gappima. Bukan fakta atau kenyataan.
2. Ilmu yg haq sebenarnya amat luas dan sebenarnya tak terfikir pun oleh pemikiran kita.
3. Ilmu yg ada didunia ini ibarat setitis air didalam lautan, ibarat nya pengetahuan yg Allah yg maha bijaksana.
4. So.disebabkan ilmu gappima x mampu nak tengok jin, tak bermakna org.lain yg mampu tengok tu salah.
Wallahualam
saya kagum dgn jwpan dari sdra danish, tpi dari segi perdebatan dgn encik aurora nasrudin sgt hebat..sy kira kedua2 memiliki ilmu yg dalam.. cume dr sy yg zero ni ,.hrp2, byk kan info2 yg menarik.., sbb ilmu yg ghaib ni tak ada pada semua org..
BalasPadamsalam tuan anon,
BalasPadamilmu saya tak seberapa pun, jauh dari pandai. Semoga Allah menambahkan ilmy yg haq kepada saya dan pembaca semua. Ilmu takda yang ghaib. Ilmu itu terang dan nampak.
Saya hanya menjawab soalan dan saya mmg tak ada niat dan tak akan berdebat didalam blog saya ini. Nak menang, saya just bagi aje menang.
blog saya ini more kepada menjawab dan menerangkan. Didalam islam, semuanya memerlukan nas dan dalil. Islam itu tertegak atas nas dan dalil. Jika nak berbincang boleh tetapi mesti dengan tertib ilmu. Nas ada dua aqli dan naqli.
Apa apa pun terima kasih kepada tuan anon kerana menjadi pembaca blog saya. semoga Allah memberkati tuan dan kita semua dan diberikanNya yg haq semata mata. Amin.
As salam,
BalasPadamsaya pernah menerima batu permata merah dari seorg tua kenalan kpd kawan sy, dia memberikan batu permata itu di atas niat terima kasih kpd saya kerana byk menolong beliau. dia juga mengamalkan upacara menarik duit. terus terang saya katakan, pd waktu itu saya agak jahil dan tidak dapat membezakan perbuatannya itu syirik atau tidak kerana dia kelihatan alim, selalu berzikir dan sentiasa berpesan kpd saya supaya jgn tinggal solat.
saya masih ingat lagi cara dia mendapatkn batu itu di dpn mata sy dimata, pada waktu itu, beliau seperti tidak sedarkan diri dan bertukar suara, dia memusing musingkan tangannya dlm bentuk bulatan dan tiba2 ada batu permata di dlm genggaman tangannya. dia menyerahkan batu itu kpd sy dan berpesan dimana, sy perlu menyimpan batu itu sebaik baiknya dan ada seorg puteri yg akan menjaga sy dgn syarat, sy perlu percaya dan yakin sekiranya sy ingin melihat puteri itu. Terus terang sy katakan, sy berasa amat confius dan takut tapi pd masa yg sama, sy menyimpan batu itu di mana beg duit. Setelah sy lose contact dgn pakcik itu dan selepas
beberapa ketika, batu permata merah pemberiannya itu hilang dlm jagaan
saya.
Pakcik itu juga mengamalkn perubatan islam katanya la, tapi pd masa yg sama sy melihat dia ada menyimpan brg2 lama seperti keris dan tongkat.
Persoalannya, adakah batu yg sy terima itu dari bunian? Batu itu telah hilang dari jagaan sy, adalah bunian masih berdamping dgn sy? Harap encik dapat membantu, tq
walaikumsalam,
Padamjawapan saya.
1. Ya daripada bunian.
2. bunian tu masih berdamping dengan tuan.
3. Sila call ustaz mail untuk bantuan lanjut. Agak banyak kerja nak dibuat untuk selesaikan masalah tuan ni.
Wallahu aklam
Banyak ilmu yg sy dapat dr entry ni..sy mengaku sy dari golongan keluarga yg jahil tentang agama..tp kmi tak la sampai nk mensyirikkn Allah..alhmdullillah kmi masih lg dilandasan Allah..kmi xbyk tau pasal ilmu tarik duit ni tp kmi tetap merasakn yg ilmu ni syirik..kerana harta yg dpt tu bukan dr r jalan Allah..tp sy hairan knp org yg tinggi ilmu agamanya yg selalu buat kerja2 ni..ade knlan sy yg buat prkra ni yp sy xbrani nk tgur sbb ilmu agma dea lg tggi dr sy..dan dea lebih tua dr sy..sy syg dea tp xthu mcm mne nk tgur :(
BalasPadamSalam nurul forever,
PadamRamai yg jenis mcm ni. Walaupun tinggi ilmu agama byk dalil yg mereka guna nak menghalalkan amalan dan xtvt mereka. Apa apa pun just doakan sahaja utk kenalan cik nurul supaya mereka diberikan petunjuk dna hidayah. Petunjuk dan hidayah milik Allah semata mata. Kita just menyampaikan sahaja.
Assalam..saya ada kawan2 yang terlibat dalam urusan 'tarik duit'@dana dari alam ghaib@ bunian....jumlah .yang diperuntukan dln 2-3juta..soalan saya adalah dari manakah asal duit tersebut...dari cerita mereka alam bunian juga ada bank?? Atau duit tu bunian sedut dr BNM? Sekiranya dari BNM mcm mana nak pakai tanpa
BalasPadamdeclare? Atau ini hanya tahyul semata..Kalu bole jelaskan pd saya.
Walaikumsalam,
PadamJawapan saya.
1. Duit bunian bukan tahyul tetapi realiti.
2. Mana datangnya duit tu? Saya pun tak pasti tetapi setahu saya duit itu adalah duit sembahan dan juga duit nazar.
3. Byk org yg menurun dan juga berjudi dan meminta bantuan dr bunian ini. Jika mereka menang mereka perlu membayar sebahagian duit kemenangan mereka kepda bunian.
5. Duit ini akan dikumpulkan dan akan berpusing menjadi satu dana.
6. Sumber duit ini adalah haram. Itulah yg pastinya.
Wallahu aklam
ckap x pasti..lpas tu kawab dgan konfiden duit tu duit sembahan or duit judi...pelik la..dgan tuan danish ni..
PadamTu lah pasal boy, ckp berbelit belit.
Padamassalamualaikum boy 17 dan man,
Padam1. secara jujurnya saya sebenarnya tak peduli pun asal usul duit tu. sama ada duit nazar, duit sembahan, duit judi atau kesemuanya sekali.
2. ini disebab oleh duit ini hanyalah perantara syaitan bunian ni nak bertapak dan tinggal dalam diri kita semua, selain daripada duit ini adalah berunsurkan shubhah.
3. mudah nak faham, duit tu sebenarnya berpunca daripada amalan yg bathil dan ikutkan feqah, mmg jatuh hukum x sah nak dibelanjakan.
wallahua'lam
Assalamualaikum
BalasPadamBerhati hatilah minta tolong pada makhluk halus lagi lagi jin walaupun yang Islam mahupun yang mukmin atau fasik.Sebabnya mereka ni datuk dan moyang mereka ni iblis,mesti mereka mereka ni ada sikap tak baik a tau dendam pada kita manusia.Dan mengenai Nabi Sulaiman as dia Allah beri dia mukjizat dan keistimewaan untuk menundukkan dan menyuruh jin lakukan kerja kerja tertentu.Yang kita ni ada mendakwa boleh tundukkan dan menyuruh jin ambil harta dan wang di alam ghaib ini ini tidak boleh dinafikan tapi perlu ingat ada imbalannya dan cagarannya.Imbalannya qalbu kita diambilnya dan esok nak balik kita akan diambilnya masuk ke alamnya.Ini kenyataan.
walaikumsalam,
Padamalhamdulillah. Silalah sebarkan kepada semua berkenaan bahayanya mengambil dan menarik duit dan harta jin dan bunian. Benar sekali kata tuan.
Wallahu aklam
assalamulaikum..
BalasPadamsaya ingin bertanya.baru baru ini saya menolong seorang kawan untuk mencari baru yang mempunyai keindahaan.saya ada berjumpa dengan seorang hamba Allah yang memilikinya.sebelum itu batu itu harus diuji untuk mengetahui kebenarannya.jadi saya jadi penguji nya..dipendekkan cerita saya ditetak tak lut di baring atas kaca tak luka dipotong rambut tak putus..
dan saya disuruh beli cincin perak.
soalannya
apa kah hukumnya..
bagaimana cara supaya saya dapat lari dari masalah nin.
tq
walaikumsalam,
Padamjawapan saya.
1. Pulangkan cincin tu kepada empunya asal.
2. Akad sekali pulangkan. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil dari tuan yang ada pada diri saya.
3. Jika sudah berkeluarga..tambah ..yang ada pada diri saya, isteri saya dan anak anak saya.
4. Solat taubat sebab sebenarnya tuan dah melakukan satu dosa besar iaitu mengambil ilmu bathil/ sihir.
5. Untuk maklumat lanjut silalah call dan minta bantuan ustaz mail.
wallahu aklam
Salam Danish,.
BalasPadamsyok cerita pasal tarik barang nie, cube awak scan(kalu buleh la) pemimpin2 skang nie,.xkira la najib and the gang, anuar and the gang atau Nik azis and the gang,. dorg ade wat kerja tarik duit/barang x? mungkin awak rasa soalan aku ni bodoh,..(memang aku bodoh pon) yg pandai tu Allah semata-mata..kalu ade@ tiada, respon je kat email adzuan11@gmail.com,..kalu respon kat sini nnt takut jadi fitnah pulak nanti..
Saya ada email danish minggu lepas. Harap danish dapat menjawab persoalan saya. Terima kasih :)
BalasPadamsalam justina ishak,
BalasPadammaaf saya tak ada terima email dari cik. Silalah email sekali lagi ya.
Dasyat sungguh..ilmu anda semua..
BalasPadammemang hebat tuan-tuan ni...semuanya dengan mudah menghukum sesukanya..sedih rasanya..
BalasPadamsalam tuan anon,
BalasPadamsaya hanya menyatakan berdasarkah nas dan dalil daripada Alquran dan juga dalil aqli. Tak perlu lah bersedih ya tuan. Lagi sedih bila kita mensyirikkan Allah tanpa sedar dan berdampingan dengan jin yang akan hancurkan iman dan akhirat kita kelak.
takde kawan jin pun takpa. banyak lagi kawan antara manusia. Yang penting hubungan akrab kita dengan Allah.
Wallahu aklam
saya nak belajar dari ustz mail boleh bagi cont dia dekat saya
BalasPadamNo telefon dia ada kat bahagian about me. Anyway berikut adalah no telefon ustaz ismail.
Padamuntuk keterangan lanjut/bantuan/tunjukajar ismail 013-3809376 019-3619305
Ustad mail kacip ka? Uih... kenal... ilmu haq nih... kalau baik apa salahnya dikongsikan disini.. nabi kita pun ckp... sampaikan pesanku walau 1 ayat... betul tk admin?
PadamSalam.. Macam mana kita nak tahu dan pasti dalam badan kita mempunyai saka. Sebab banyak kejadian dan mimpi2 aneh saya dapat. Saya pernah berjumpa dengan ahli perubatan islam. Dia pernah memberitahu saya bahawasanya dalam badan saya bagaikan ada biji benih yang sedang ditunggu untuk disiram air.cuma saya perlu mencari guru yang baik atau jahat. Berbanding dengan orang lain yang perlukan latihan.. Terus terang saya katakan saya tidak takut dengan hantu. Bulan 7 nanti genap umur saya 20 tahun. Dan baru2 ini pada hari khamis malam jumaat saya tidur sendirian di gunung jerai kerana inginkan kepastian dan saya mendapat satu mimpi. Saya diberitahu saya mendapat satu pendamping luar dan satu pendamping dalam. Apakah maksudnya? Mohon penjelasan
BalasPadamwaalaikumussalam tuan muhd amin,
Padamjawapan saya.
1.Bab nak tengok dan dapatkan kepastian, kena tanya batin sendiri dan tanya ahlinya. Saya tolong jawabkan, ya tuan ada saka.
2. Ahli perubatan itu merefer kepada saka tuan. Boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan. akan tetapi, saya nasihatkan buang dan selesaikan masalah saka adalah lebih baik dari berdampingan dan meminta bantuan dengan jin.
3. Mimpi itu permainan saka tuan sendiri dan jin yang ada digunung jerai tu. Sememangnya tuan dah ada pendamping saka sebelum ini.
4. Saya tak pasti maksud pendamping dalam dan luar. Sebenarnya tak ada pun istilah tu. Permainan puak jin sahaja.
5. Pendamping memang ada didalam...kalau yg ada kat luar pun, rumahnya tetap dalam diri dan batin kita.
6. Saya cadangakan tuan hubungi ustaz ismail dan selesaikan masalah pendamping saka tuan tu.
7. Jika ada sebarang masalah boleh email terus kepada saya. InsyaAllah.
Wallahu aklam
Assalamualaikum wbt wahai saudara-saudara mukminku...
BalasPadamRamai di antara kita sedang menjurus tergelincirnya akidah berdasarkan keterangan firman Allah swt didlm Al-Quran.
Perlu kita pahatkan dihati bahawa, Allah telah jadikan manusia semulia-mulianya Khalifah dimuka bumi dan diberi panduan rahmatNya yg teragung menerusi Al Quran dan Sunnah Nabi SAW. Setiap hajat atau keinginan kita hendaklah kita mohon kpd Allah swt disamping menerusi usaha di atas landasan syarak yg dibenarkan. Bukannya mengambil jalan mudah menerusi perhubungan dgn makhluk ghaib yg berunsurkan api itu, mereka adalah musuh kita yg nyata penuh dgn tipu muslihatnya bagi menyesatkan keturunan Nabi Adam.
Ianya bermula apabila bapa kepada segala jin iaitu Iblis dilaknat oleh Allah swt, dan dia bersumpah:
"Demi kemuliaan dan kebesaran Mu Ya Allah akan ku hiaskan dunia ini dengan hiburan dan kelalaian dan akan akan ku sesatkan seluruh hamba Mu kecuali hamba-hamba Mu yang ikhlas ".
Dari sumpah ini dapat kita lihat dua kenyataan sumpah yg dibuat oleh Iblis laknatullah yakni,
Yang Pertama: Iblis bersumpah untuk menyesatkan seluruh hamba Allah.
Yang Kedua: Iblis bersumpah tidak akan menyesatkan hamba Allah yg ikhlas.
Pelajarilah ilmu ikhlas, didalamnya terkandung seribu rahsia. Pelajarilah ilmu redha, didalamnya terkandung seribu penawar. Itu lebih baik dari kita mempelajari ilmu-ilmu sebegini yg bakal meleburkan diri kamu ke dlm fana fil syaitan.
Perlu kita ketahui, Allah dan para malaikatNya serta seisi alam melaknat golongan yg beramal soleh tetapi membawa pengharapan keatas duniawi. Tanpa kita sedar sebenarnya kita cuba menipu Allah, sedangkan Allah itu Maha Pengintip setiap hati-hati hambaNya. Sehinggakan Allah ketahui apa didalam hati kita sedangkan kita tidak menyedarinya. Matlamat kita telah menhalalkan cara kita yg haram dan syaitan mengaburi segala-galanya didalam hati kita. Hitam menjadi putih dan putih menjadi hitam.
Perbuatan menarik duit, mencari ilmu kebal, ilmu penunduk, ilmu pengasih, ilmu santau, ilmu perkasa, ilmu pelalau, dan segala ilmu-ilmu batin ini jelas menentang qadak dan qadar yg Allah tentukan di atas kita semua.
Jgn sekali-kali kita mengambil perumpamaan Nabi Sulaiman, baginda dikurniakan mukjizat manakala kita tidak. Baginda mampu mengawal jin sebagai seorang Nabi Allah. Sedangkan kita ini hamba yg tersangat hina lagi dhaif disisi Allah.
Jgn pula kita samakan diri kita dgn Syeikh Kadir Al-Jailani, beliau adalah Ketua Wali Allah, sedangkan siapa pula kita.
Sedangkan para wali sekalipun, tidak menggunakan keramah mereka atas tujuan peribadi dan dunia. Mereka bergerak atas izin Allah, jika tidak mereka berdiam diri sahaja. Hati mereka telah lebur disisi Allah Al Haq. Sedangkan kita masih bernafsukan duniawi dan sesat dalam mencari keredhaan Allah swt.
Wahai saudara2 kekasihku,
Allah beri panduan menerusi firmanNya didalam Al-Quran dan menjadi sifat keji syaitan yg menjadikan kita tamak cuba menceduk ilmu diluar lingkungan akal fikiran kita. Dengan tujuan menjadi luar biasa dari biasa, mencapai sesuatu diluar kemampuan akal fikiran dan disinilah iman kita akan hancur lebur didalam lautan kelaknatan.
Penyampaian ilmu yg terlalu cetek ini adalah kudrat dr Allah menerusi saya yg hina dina disisiNya...tiadalah saya terdaya tanpa izinNya jua sebagai tanda kasih antara umat.
Marilah bersama-sama kita mencari keredhaan Allah, bersyukurlah kita dgn apa yg telah Allah kurniakan pada kita. Redhalah kita diatas ketentuanNya. Semoga kita menerima pandangan rahmat dariNya dan dijauhkan tipu daya yg amat hebat dr Iblis laknatullah dan bala tenteranya. Dan jgnlah kita menebarkan kata-kata pujian di antara kita, kerana itu adalah senjata ampuh iblis dlm menggelapkan hati kita. Cukuplah sekadar kita bersyukur di atas rahmat Allah swt yg ditebarkan didlm ruang lingkup yg sebegini kecil.
Semoga Allah swt mengampunkan aku jika ada kesilapan dan kesalahan yg tertembus dr pandangan fana ini.
Subhanallah Wabihamdih Subhanallahil azim...
Wasalamualaikum wbt
assalamualaikum.
BalasPadamsaya baru beberapa hari lepas bertemu dengan penghulu bunyian yang menjaga hal ehwal wang ringgit dari alam bunyian seluruh semenanjung. saya sempat berborak dan bersalam dengan beliau (penghulu bunyian) secara zahir.dari pengalaman yang sya dapati semasa bertemu beliau.. saya dapati jika kita berhajat untuk memiliki wang ringgit mereka kita hendaklah mempunyi cagaran seperti keris,batu delima dll..dimana semua barang itu akan dinilai dan digantikan dengan imbuhan wang ringgit sebagai petukaran..kaedah yang sama seperti yang dilakukan oleh bank2 dialam nyata seperti meminta gran sebagai cagaran..cuma bezannya bank memberi pinjaman tetapi bunyian pula menjadikan barang tersebut sebagai petukaran.dan tiada perjanjian atau syarat2 lain yang dikenakan jika kedua2 pihak bersetuju dengan cara tersebut..apa yang boleh sya simpulkan disini..akidah dan iman adalah benteng didalam kita melayari hayat kehidupan kita ini..x kira dalam apa jua perbuatan , percakapan atau pekerjaan yang kita lakukan..iman adalah guru yang membimbing kita dalam menentukan lurus atau bengkok akidah kita disaat kita melakukan sesuatu..percaya kepada kekuatan atau kehebatan keris atau batu itu dikira khurafat malah boleh menjerumuskan kita kepada kekufuran..itu yang sering diungkapkan dan dititik beratkan jika ada kerja2 yang bersangkutan dengan benda2 mistik..namun kita jarang terfikir ..ada kalanya pekara2 tersebut sering berlaku didalam kehidupan seharian kita selama ini..contohnya..apabila kita sembuh dari demam setelah kita menelan sebiji ubat..kita akan memuji kemujaraban ubat tersebut tampa kita sedari..sedangkan yang menyembuhkan penyakit kita itu adalah Allah dan ubat itu hanya sekadar penyebabnya sahaja..begitu juga dengan saudara kita yang beragama islam dari alam ghaib..kita akan dikatakan sesat kerana berkawan ataupun melakukan sesuatu pekerjaan yang ada bersangkutan dengan mereka..sedangkan mereka juga makhluk Allah..cuma bezannya mereka ada kelebihan yang diberi oleh Allah dalam hal2 tertentu..dan kita juga mempunyi kelebihan yang mereka x ada..tambahan pula kita adalah makhluk mulia yang Allah ciptakan dimuka bumi ini..tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh berkawan dengan mereka..yang penting didalam melalui kehidupan sebegini dari yang zahir mahupun yang batin ..tunjang utama iaitu IMAN dan AKIDAH haruslah selari. agar tidak mudah terpesong dengan tipu daya yang dilihat, didengar mahupun yang dirasa..ini kerana Allah menciptakan manusia dan jin itu semata2 hanya untuk taat kepada Allah.
Salam ed jb,
Padam1. Jangan lah percaya cerita mengarut penghulu bunian.
2..kononnya tukar barang? Bukan. Tukar iman.
3. Bunian tu sekarang berada didalam.batin tuan. That why boleh bersalaman zahir lagi tu. Berkampung dalam diri tuan.
4. Allah dah larang didalam.alquran. ada sebab Allah larang dengan keras kita berkawan , meminta pertolongan dan pelindungan dengan jin.
5. Bunian tu jin.
6. Jika kononnya bunian itu taat dan bertqwa pada Allah, maka bunian tu tidak akan berkawan dan mencampuri dan berniaga (kononnya) dengan manusia.
7. Hati hati ya tuan. Seluruh keturunan tuan akan dihuni dan diikuti oleh saka bunian tuan ni. Hancur iman dan batin mereka ni.
8..usahakan dengan cara yg haq. Rasulullah bekerja dan berniaga dengan manusia. Bukan dgn syaitan jin atau syaitan bunian.
Wallahuaklam
Asalamualaikum...tuan....saya nak tanya klu kita zikir tp dpt batu,geliga lah apre sume...tu dr jin jugak kew.....saya penah tanye ustaz2 yg baik karakternye pada mata saya lah...sume kata reski allah....tp ht saya ni x senang la xkan allah bg batu kat saya,saya dah buang geliga lipan dan batu2 sume kat longkang tggal lg sebijik je batu embun x buang lg,ngn paku sampan pakcik saya punye....dah bertahun gak saya cr2 nak blaja sesuatu ilmu yg baik yg allah redha....saya ada blaja ngn sorang shekh ni die ade tulis huruf LAM kat duit saya katanya buat azimat untuk murah rezeki,tp sblom tu kene zikir beberapa ribu kali....zikir x abis pasal ht x senang,dan duit tu saya dah pkai buat blanje minyak motor.....lg satu tuan danish doakan saya smoga dpermudahkan blaja ngn ustaz mail
BalasPadamWaalaikumsalam tuan,
Padamjawapan saya
1. Semua barang tu ada khadam dan pendampingnya.
2. Basic tauhid, semuanya dari Allah. Tapi ada yg haq dan ada yg bathil.
3..saya doakan tuan dipermudahkan belajar yg haq dgn ustaz ismail.
4. Kumpulkan semua barang tu jumpa ustaz mail minta tolong dia hapuskan kelak.
Wallahuaklam
Assalamualaikum tuan Danish,
BalasPadamSuami saya mula terikut2 sahabat2nya berguru tentang ilmu tarik duit ini.bila saya katakan perkara ini syirik dia memusingkan semula ayat saya...mengatakan ia rezki dari Allah...Sampai sekarang 1 sen pun dia x pernah tunjuk hasilnya...katanya sabar inshaAllah...Bagaimanakah cara yang paling berkhikmah utk saya sebagai seorang isteri menegur suami utk meninggalkan perkara tersebut agar tidak terkeluar kata2 yang menyakiti hatinya. mohon penerangan ..terima kasih
Waalaikumsalam,
PadamJawapan saya.
1. Rezeki daripada Allah. Rezeki ada dua martabat yg haq dan yg bathil. Semua rezeki dtg dari Dia tapi yg membezakan rezeki itu ialah yg benar dan yg salah.
2. Puan boleh doa guna air zam zam. Rujuk posting saya bab air zam zam dan masukkkan doa puan berkenaan suami puan kat hujung doa tu.
3. Byk kan solat taubat dan salah satu cara yg boleh puan guna ialah bersedekah pd org miskin atau masjid dan doakan seperti dibawah sebelum duit diberikan.
Ya Allah , aku bersedekah kerana Mu. ampunkan lah dosa dosa aku dan suami aku.
Ya Allah berikan lah petunjuk dan hidayah pada diri ku dan suami ku. Permudahkanlah aku menasihati dan menyedarkan suami ku tentang yg haq dan yg bathil.
4. Puan boleh dapatkan bantuan. Ustaz mail utk menerangkan secara terperinci dan dengan bukti bahawa menarik duit itu bathil. Silalah call dia utk bantuan.
Wallahuaklam
Assalamualaikum w.r.t
BalasPadamSy nak tanya jika duit yg diperolehi dari aktiviti ini diberi pinjam kpd sy, apakah ini dikira bersubahat juga dan adakah sy akan menjadi sasaran makhluk halus? Sy langsung tak terlibat dlm aktiviti ini dan akan memulangkan semula duit tersebut kpd orang yg memperolehinya menggunakan kaedah ini.
Adakah larangan disebabkan oleh
i. Terpesong akidah (syirik) semasa amalan dilakukan
ii. Akan dijadikan perumah oleh makhluk halus - tergadai keturunan kpd saka
iii. Wang tersebut dikira dari sumber haram
Terima kasih Tuan.
Waalaikumsalam,
Padam1. Ya. Meminjam duit sebegini akan membuka ruang kepada makhluk bg bunian bertapak dalam diri seseorang.
2. Jika nak pulangkan duit tu akad sekali masa pulang duit.
Aku pulangkan apa sahaja yg aku ambil dari ko dan kepunyaan ko yang ada pada diri aku ,isteri aku dan anak anak aku.
3. Ketiga tiganya sekali. Bersubahat kpd syirik, menjadi rumah dan juga sumber yg haram.
Wallahuaklam
Camnaa klu berubat dgn org bunian..
BalasPadamSalam tuan anon,
Padam1. Sebenarnya tiada istilah berubat dgn org bunian. Bukan berubat tetapi memasukkan dan menjemput bunian utk tinggal didalam batin anda sebenarnya.
2. Bunian yg masuk kedalam diri anda akan mula mula bertindak sebagai penjaga diri anda sebelum benda ini pula menggangu tuan dan keluarga tuan pada masa akan datang.
3. Allah melarang keras manusia meminta pertolongan dengan jin (bunian pun jin juga) atas banyak mudaratnya
4..semoga jawapan saya memuaskan pertanyaan tuan.
Wallahuaklam
Cam best je ,saya pon nak ilmu scan² gak ,boleh ajar saya tak ? tak pon ajar saya ilmu tarik duit , nak jugak jongkong emas . tak kan najib je boleh kaya . Tp ilmu scan tu penting .
BalasPadamsalam tuan anon,
BalasPadam1. Nak belajar ilmu scan tu boleh silalah jumpa dengan usatz ismail.
2. Saya tak tahu dan saya tak nak ada pun ilmu tarik duit duit dan emas. Nasihat saya jangan belajar. Lebih baik biasa biasa dunia tapi kaya akhirat dari kaya dunia bangkrap kat akhirat selama lamanya.
wallahuaklam
salam...
Padamwaw sampai boleh scan tu....tapi hati2 boleh dpt dosa free...
hmmm... ada ilmu untuk ubatkan sembuhkan masalah rabuh jauh tak??? power mata saya 300
Waalaikumussalam tuan sophie,
Padam1. Ilmu scan ni ada byk peringkat sebenarnya.
2. Tidak, saya x belajar dan belum sampai bab scan jenis dpt dosa free tu.
3. Saya cuma ada scan org tu bermsalah dan jenis jin yg ada pd diri org tu.
4. Ada ilmu sembuh kan mat rabun Tapi ustaz mail tak ahli bab tu. Tuan kena rujuk pakar mata bab pembedahan lasik. InsyaAllah x perlu pakai spek atau contact lens lagi. ;)
Wallahuaklam
Salam
PadamSaya nak tanya tuan siapa ustaz ismail dan di mana pusat nya utk blajar
Waalaikumussalam,
Padam1. Ustaz mail org biasa aja. Dia bukan ustaz ternama mcm dato dan ustaz2 diluar sana. Dia org tabligh sebelum ini dan byk belajar agama kat india dan pakistan.
2. Ustaz mail mengajar kat rumah dia aja. Rumah dia belakang ikbn dusun tua hulu langat.
3.silalah call dia utk belajar dan temujanji.0193619305.
Wallahuaklam
macm mne nk dpt contex number ustaz ismail tu saya ada masaalh berkaitn dengn alam bunian
BalasPadamuntuk keterangan lanjut/bantuan/tunjukajar ismail 013-3809376 019-3619305
Padamassalam .. sy nak tanye sekiranya benar kegiatan ini salah dpd segi agama, adakah ianya juga salah dari segi undang2 ..? kerana sy melihat geng2 " jemaah tarik duit " ini semakin berani komersialkn kegiatan trsebut di intrnet dan sebagainya . dan bagi sy jika alasan pihak brkuasa kes ini sdg disiasat atau masih mencari geng trbabit adlah tidak wajar kerana di laman web itu geng trbabit mnyediakan nombor2 hp atau detail mereka secara terang terangan . video2 yg disediakan sebagai bukti juga diupload pada setiap bulan.apa pndangan tuan ..? TQ.
BalasPadamWaalaikumussalam hamba,
Padam1. Saya tak rasa kegiatan tarik duit melalui upacara keagamaa islam yang diselewengkan dan juga ritual bomoh bomoh ini melanggar sebarang undang undang civil. Maybe ada dalam melanggar dari segi undang undang syariah tetapi garis pemisah nya dan line nya terlalu nipis.
2. Upacara tarik duit yang banyak berlaku menggunakan ritual zikir beramai ramai yang sedihnya melibatkan sekolah pondok dan zikir zikir ini dibuat dengan tujuan nak tarik duit. Ada jumlah yang perlu diselesaikan dari segi jumlah zikir dan puasa untuk bunian melepaskan harta mereka. zikir utk apa? puasa untuk apa? bacaan alquran niat utk apa?
3. Mereka mereka ini didoroang oleh perasaan tamak dan mencari keduniaan (duit ) walaupun sesetengah daripada mereka memang terdiri tadi tokoh tokoh agama tersohor.
4. Bagi saya, undang undang syariah perlu diperhalusi dan diperketat kan bagi mengelakkan perkara ini berterusan. Jika dilaporkan pd polis, tiada sebarang peruntukan undang undang jenayah atau civil. Jika diajukan pd pejabat agama pun sama, tak ada peruntukan untuk kesalahan sebegini, terutama jika dipelopori oleh 'Ulama' -"ulama".
5. Saya berdoa semoga mereka mereka semua ini diberikan petunjuk dan hidayah. Malang sekali mereka ini melakukan kerja yang paling Allah benci, mensyirikkan Dia. Merompak bank atau menipu tak lah seberat dosa mensyirikkan Dia,
Wallahuaklam
agak2 proses tarik emas mentah dari perut bumi melalui kaedah paranormal, sama x dgn 'tarik duit'..sekadar bertanya..
BalasPadamassalamualaikum,
BalasPadamJawapan nya sama sahaja. Emas mentah tu daripada bunian dan jin.
Wallahuaklam
Assalamualaikum saudara danish , saya pernah mendengar kenyataan ini dari pengamal perubatan dan alim ulamak yang mengatakan kalau kita menjadi tuan kepada jin tidak menjadi salah tetapi jin tidak boleh tuan kepada kita.Apa pendapat saudara tentang kenyataan ini?Ada satu lagi persoalan yang menjadi tanda tanya , siapakah golongan Wali songgo ini ?saya pernah mendengar dari kalangan alim ulamak yg mengatakan wali songgo ini adalah dari kalangan org yg diangkat darjatnya Allah swt.Apakah benar kenyataan ini? Harap saudara danish dapat memberikan sedikit info berkaitan wali songgo ini ?
BalasPadamWaalaikumussalam,
Padam1. Maaf sebab lambat reply comment tuan.
2. Pandangan alim ulamak dan pengamal perubatan tu sebenarnya tidak bersandarkan kepada nas nas hadis dam alquran malah bertentangan.
2. Saya ada menerangkan dengan detail bab ini. Rujuk link dibawah:
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2012/08/persoalan-tentang-jin-islambaik-ataupun.html?m=1
http://ilmuhaq-danish.blogspot.com/2012/05/khadam-ayat-kupasan.html?m=1
4. Bab wali songo atau wali 9 ini,maaf kata kebanyakkan karamah insan insan ini sebenarnya daripada ilmu bathil. Org seberang memang handal bab ilmu dunia ni dan ilmu ini adalah ilmu bathil.
5. Sebaiknya adalah lebih selamat jika kita menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai idola dan teladan didalam hidup kita. Kita x boleh mendewakan makhluk, hanya Allah sahaja yg layak didewakan dan segala pujian hanyalah untuk Dia. So, bab membesarkan para wali wali ni saya cadangkan jangan buat. Nak dapatkan redha Allah s.w.t dan jadi kekasihNya, ikut lah cara Rasulullah s.a.w.
Wallahualam
Terima kasih saudara danish diatas nasihar dan info yang diberikan.Saya ingin meminta pendapat dan pandangan saudara danish berkenaan dengan ilmu tarikat ? Apakah beza wahabi dan tarikat ? Adakah kedua2 ilmu ini salah kalau diamalkan ? Saudara danish pernah dengar tak nama emjay??
BalasPadamsalam tuan axl,
BalasPadam1. sebelum ini ada satu komen yang sama bertanyakan berkenaan tarikat dan juga wahabi. memang banyak berbeza dan totally different.
2. Wahabi adalah satu fahaman yang juga dikenali sebagai salaf. Mudah nak faham, wahabi atau salafi beramal hanya dengan hadis yang kuat dan hanya amalan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w dan menolak amalan bidaah. so, memang berbeza sedikit dengan amalan iman Shafei bab feqah atau ibadah.
3. mana kala tarikat pula adalah sejenis aliran lain. Tarikat itu maksudnya jalan. Secara asasnya tarikat adalah sejenis aliran dimana pengikut berbaiah dengan guru utama dan amalan mereka ini akan disampaikan kepada Allah melalui guru mereka. Logik mereka ini, guru mereka ini lebih dekat dengan Allah dan amalan yg disampaikan melalui guru mereka akan terus sampai pada Allah tanpa sangkut.
4. Jika tanya saya, adalah kedua dua ilmu ini salah? Saya sebenarnya menentang tarikat disebabkan tarikat sebenar nya telah pun ada. apa sahaja amalan ibadah yang kita buat adalah tarikat Nabi Muhammad s.a.w. Itu sahaja jalan yang benar. manusia lain semuanya tidak maksum dan ada kelemahan diri.
5. Bab wahabi, saya tidak mahu komen banyak disebabkan pelbagai dalil. Saya tidak menyatakan mereka betul atau mereka salah. akan tetapi logiknya ada. Zaman Rasulullah s.a.w dan khalifah khulafa alrashidin, tiada sebarang mazhad. yang ada cuma amalan yang dibuat cara Rasulullah. Adakah para sahabat dan para tabiin yang tidak mengikut sebarang mazhab (disebabkan takda mazhad lagi pd masa itu) dikirakan salah?
6. So,bab wahabi atau salafi, saya lebih rela untuk tidak memutuskan mereka betul atau mereka salah. Bukan kerja saya untuk letak hukum. Saya serah sahaja bab hukum dan balasan itu pada Allah.
7. Saya tetap pengikut sunnah wal jamaah. Orang sunnah memang akan menggunakan perkataan wallahuaklam...
Wallahuaklam.
assalamualaikum
BalasPadamsya nk tnye sikit, baru2 ni bapa saudara saya mengalami mimpi bahawa dia akan mendapat batu mu tersebut merah delima dan mengambilnya dalam sebatang pokok. keesokan paginya dia pun terus pergi ke pokok tersebut dan menebang pokoknya dan mendapati batu itu memang ada. persoalannya adakah ia tuah dia ataupun sebaliknya. harap saudara dapat memberikan jawapan dan langkah2 yg sewajarnya. wasalam
Sudah dijawab email tuan.
PadamWallahualam
Apa lah kaitannya masa kita dengan Allah mencipta langit PUN memakan masa 6 hari dan jadikan perbandingan dengan makhluk. Seolah olah Menunjukkan kelemahan Allah. Hati hati ya.
BalasPadamSalam tuan anon,
Padam1. Bab mengikut tertib dan beraturan ni, adalah salah satu hukum dan peraturan yang Allah sendiri aturkan, dan itu adalah salah satu peraturan hukum yang haq. Jangan tengok dari sudut seolah olah Allah tu lemah.
2. Allah dengan sifat dan kekuasaaNya, boleh menciptakan dunia dan langit sekelip mata pun, akan tetapi Allah menciptakan alam semesta ini berhari hari untuk menunjukkan kepada kita hukum dan peraturan yang Haq. Semuanya bertertib dan beransur ansur.
3. Kisah penciptaan Alam ini terkandung didalam alquran, sebagai pengajaran kepada kita yang Allah itu menetapkan kejadiannya bertertib dan berperaturan dan step by step. Even kejadian kita manusia ciptaanNya pun bertertib, Dari umur 0 hari didalam rahim hingga dilahirkan.
4. So jika ambil masa dan memikirkan tentang kekuasan Nya dan kejadianNya sejenak dan memandang dari sudut yang positif maka kita akan dapati kejadian makhluk ciptaan Allah semuanya bertertib. Planet, sistem suria dan sebagainya,
5. So kesimpulan yang saya nak bagi tuan puan faham ialah Allah menetapkan peraturan di alam semesta ini. Yang haq mesti bertertib, mengikut peraturan dan step by step.
Wallahuaklam
Huyoo.. Mcm2 ilmu yg dpt dr entry sampai komen. Terbantut hasrat nak belajar ilmu scan(niat nak scan pompuan huhu). Takot mati nanti kena bukak bumbung umah. Haaha..
BalasPadamsaya mimpi seorang tua berjubah dan berjanggut serba putih datang hendak memberi besi kuning dan keris.soalan saya adakah itu syaitan?
BalasPadamassalamualaikum umaira ,
BalasPadam1. Ya itu adalah syaitan saka yang menjadi saka cik dan keturunan cik,
2. Sebaiknya dapatkan bantuan ustaz ismail untuk selesaikan masalah saka once and for all.
3. Jika ada sebarang masalah silalah email terus kepada saya.
Wallahuaklam
Dlm cerita tuan,Kenapa ya anak murid ustaz mail selepas belajar ilmu haq dan bathil baru dpt apa yg d idamkan selama ini. Sedangakan masa jahil dulu mengamalkan amalan bathil tetapi tidak berhasil. Apakah ini ujian?
BalasPadamAssalamualaikum anon,
Padam1. Benar itu adalah ujian.
2. Sesiapa yg ikut jalan ini mmg akan mendapat ujian utk keluar dan terpesong pada jalan bathil.
Wallahuaklam
Assalamualaikum , adakah saya atau suami ada pendamping. Kalau ada, jin apa dan dari mana ?
BalasPadam1. Bab sebegini silalah email kpd saya terus.
Padam2. Berikanlah nama penuh puan dan suami ya.
Wallahuaklam
Ada setengah perawat cuma meliat melalui gambar sahaja sudah tahu masalah pesakit, adakah jugak termasuk ilmu bathil?
BalasPadamAssalam
PadamSaya cuma nak bertanya boleh kah sy belanja kan wang yg tiba2 ada di dalam bilik solat saya
Waalaikumussalam,
Padam1. Sebaik nya elakkan ambil duit tu.
2. Biarkan sahaja disitu dan jangan ambik.
3. Jika dah ambil letakkan balik pada tempat asalm sebut kuat kuat aku pulangkan duit ni dan apa sahaja yg aku ambil drpd duit ni yg ada pada diri aku sekeluarga .
4. Duit yg x tau mana asal usul nya dan bukan pemberian orang sila jauhkan drpd ambil.
Wallahuaklam
Assalam,
BalasPadamMacam mana nak selamatkan ahli keluarga yg tabsub dengan penipuan bomoh tarik duit/tarik emas ini? mangsa tidak dapat dihalang dengan fizikal, habis semua duit dan harta dijual, ahli keluarga terabai, habis semua barang kemas isterinya dijual,beliau terlalu taksub dan meminjam byk duit saudara mara bagi membayar kos bomoh tarik harta karun ni. Ada tak penyelesaian untuk selamatkan mangsa ini?
Waalaikumussalam,
Padam1. Maaf lambat reply soalan ini.
2. Tak byk boleh dibuat kecualilah saudara yg terdekat seperti.emak atau ayah yg inta bantuan direct dgn ustaz ismail.
3. Jika empunya badan tak nak berubah x banyak.yg boleh kita buat kecuali kita bykkan doa.pada.Allah minta Allah beri.petunjuk atau hidayah
Wallahuaklam
As Salam.. Saya no comment berkenaan dengan ilmu tarik duit ni.. tapi saya ada kemusykilan berkenaan pernikahan manusia dan jin.. Kita semua maklum bahawa isteri Nabi Sulaiman yakni Puteri Balkis itu keturunan jin.. Sekiranya kita kata pernikahan manusia & jin itu haram adakah kita mengatakan yang Nabi Sulaiman melakukan sesuatu yang haram.. Sekiranya kita katakan haram di mana ayat quran dan hadis sahih yang mengatakan ianya haram.. Saya tgk dewasa ini ramai yang ambil bulat kata2 seseorg yang mengaku dirinya ustaz.. sedangkan sepatutnya kita belajar dari Al Quran & Hadis (Sahih) dan dirujuk pula kepada mereka yang pakar atau bahasa arabnya dinamakan Ulamak.. Maaf, ini hanya pendapat peribadi saya yang masih kurang dalam ilmu2 agama..
BalasPadamWaalaikumussalam,
Padam1. Sila rujuk kisah ratu balqis didalam surah alquran.
2.ratu balqis adalah manusia. Bukan jin.
3. Syariat drpd zaman nabi adam a.ske nabi muhammad s.a.w sama sahaja.
4. Tiada setahu ilmu saya yg x seberapa ni adanya nabi atau rasul yg berkahwin dgn jin atau bunian.
5. Syariat Allah adalah jelas dan sama sepanjang waktu.
Wallahuaklam
Hadis yang diterima oleh Ats-Tsa’labi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, dimana Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah bersabda “Salah satu dari orang tua Balqis adalah bangsa jin.”
BalasPadamSurah An-Naml tidak pernah merujuk Balqis sebagai manusia tetapi hanya menyebut berkenaan suatu kaum yang menyembah matahari.. Di mana Al Quran juga ada merujuk jin sebagai kaum jin..
Wallahualam..
1. Bab hadis itu saya kena check balik sebab 1st time saya jumpa.
Padam2. Walaupun didalam alquran tidak menyatakan secara jelas keturunan atau jenis bangsa ratu balqis, manusia atau jin, berdasarkan hadis yg tuan refer itu merujuk kpd org tua atau ibu bapa ratu balqis.
3.sememangnya jin ada yg bersama manusia dan ini ada dijelaskan didalam.blog saya berkenaan manusia dirogol jin.
4. Jin campur manusia, memang ada yg jadi manusia. Ada separuh jadi bunian.
5. Didalam kisah ratu balqis, istananya diangkat dan dibawa oleh manusia ahli kitab dalam masa sekelip mata.
6. Didalam.alquran jelas melarang manusia berhubungan dengan jin ataupun berkawan dgn jin.
7. Utk nabi sulaiman a.s, adalah special disebabkan kedudukan dan kelebihan ilmu ny sebagai seorang khalifah yang menguasai makluk yg lain termasuk jin.
8. Syariat kita umat nabi muhammad, mmg melarang kira drpd mengendalikan atau mengawal atau berkuasa keatas jin seperti maksud hadis jin yg ditangkap oleh Rasulullah s.a.w yg menggangu baginda solat dan baginda telah berjaya menangkap jin tersebut. Ikutkan hadis Rasulullah mahu sahaja mengikat jin itu pada sebatang tiang utk dijadikan mainan kanak kanak madinah.
Akan tetapi baginda tidak meneruskan niat baginda disebabkan oleh teringat pada saudaranya Nabi Sulaman yg meminta kelebihan mengendalikan jin hanya dia seorang sahaja yg dapat.
Wallahuaklam
Hadis yg tuan rujuk itu adalah dikelaskan sebagai hadis ghorib dan dhaif. Hadis dhaif dan ghorib tidak boleh digunakan sebagai rujukan ataupun dalil berhujah.
PadamWallahuaklam
Emak saya ada sebiji batu delima buah, dan nenek saya ada dua. Baru2 ni ada orang dtg uji batu tu, dan mereka sepakat nak beli rm15 juta sebiji. Takpe ke kalau kami jualkan semua ni sekali?? Halal ke rm45 juta tu nanti??
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadam1. Nak jual jual lah.
2. Bab halal ke tidak duit tu, saya bagi tuan lah decide.
3. masalah utama tuan sebenarnya saka bunian yang mengikuti diri tuan dan keluarga tuan.
Wallahuaklam
Metal detector.
BalasPadamAd yg menjadi kan nya sebgai hobi.
Kadang2 dia menjumpai emas..
Aktiviti itu tidak terlibat dengn bunian kan?.. dia mencari sendri
Salam tuan, saya pernah meminta seorang Ustaz pindahkan masyarakat bunian yang tinggal bersama saya di dalam rumah yang saya baru saya beli. Taklah mereka menganggu tapi cuma kadang2 rasa seram dan berbau kemian bila hampir maghrib. Kata Ustaz tu tapak rumah ni asalnya perkampungan dan surau mereka. Selepas solat hajat Ustaz pun mejemput wakil2 masyarakat bunian ni berbincang. Saya ada bersama tapi tak nampaklah mereka. Cuma baunya amat wangi bila mereka masuk ke rumah untuk berbincang. Kata Ustaz ketua mereka ni taraf al Hafiz. Bincang punya bincang, akhirnya mereka bersetuju berpindah dgn syarat ke sebuah masjid yg ada tasik. Kami pun bawalah botol2 berisi komuniti bunian ni berpindah. Rasa lega dan amanlah kami sekeluarga selepas itu.
BalasPadamSelang beberapa tahun (3-4 tahun kot), ada seorang Ustaz lain yg datang mengubati jiran saya memberitahu ada 6 tempayan harta karun bunian tertanam di bawah pokok pisang belakang rumah saya. Saya tak sempat bertanya kpd Ustaz tu sebab tak berjumpa dgnnya. Hal ni hanya dicerita oleh jiran saya.
Soalan saya, adakah dengan adanya harta karun ni mereka (orang bunian) masih ada di kawasan rumah saya ?
Terima kasih
Waalaikumussalam tuan,
Padam1. Sebenarnya bunian tu bukanlah berkampung dikawasan rumah tuan. Syaitan bunian tu berkampung dalam diri tuan dan keluarga tuan.
2. Kerja memindahkan bunian dkm botol adalah kerja yg sia sia. Nampak aja mcm bunian tu duduk dlm botol dan pindah. Padahal bunian ini masih dalam dri tuan dan keluarga tuan.
3. Pasal harta bunian tu, jgn lah terfikir nak ambil. Habis iman dan batin tuan nanti. Benda ni akan berkampunh dlm diri kita sekiranya kita ada ambil harta harta sebegini dan akan menjahanamkan iman dan keturunan kita kelak.
Wallahuaklam
assalamualaikum, Imam malik bin anas berpendapat makruh berkahwin dengan bangsa jin islam, dan ada sesetengah jumhur ulamak sependapat dengan beliau, maka disini tiada pendapat sahih mengatakan haram berkahwin dengan bangsa jin islam, cuma tidak digalakkan sahaja, harap saudara perlu belajar dan mendalami lagi ilmu yang ingin saudara sampaikan....
BalasPadamWaalaikumussalam tuan hairil,
Padam1. Saya org yg belajar selok belok bab syaitan jin dan bunian.
2. Berkenaan pendapat iman malik dan jumhur ulama, saya no komen. Itu pendapat dia.
3. Dimalaysia mmg difatwakan haram berkahwin dgn jin dan bunian.
4. Perkara paling utama ialah masalah nasaf anak dan masalah jin yg akan berkampung didalam diri org yg berkahwin dgn jin dan keturunan mereka.
5. Bunian dan jin sepatutnya patuh pada perintah Allah utk tidak membantu dan masuk campur or berkawan dgn manusia. Rujuk nas Alquran bab ini.
6. Byk kes org yg dirogol jin adalah disebabkan jin saka yg dtg daripada perkahwinan manusia dan jin yg dibuat oleh generasi terdahulu.
Wallahuaklam
Assalamualaikum, boleh saya tau surah mana dan ayat yang keberapa larangan tersebut...
BalasPadam`Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.
BalasPadam(Al-Jinn 72:6)
1. larangan ini secara umumnya melarang manusia meminta tolong dgn jin dan jin membantu manusia.
2. Jika manusia berkahwin dgn jin dah tentu akan berlaku tolong menolong. Mustahil tidak. adat berkawan dan berkahwin.
3. Jika tuan tetap nak berkahwin atau berkawan dgn jin silakan. Saya dah menyampaikan kerana Allah.
Wallahuaklam
Assalamualaikum, saudara harus faham dengan firman Allah tersebut, jin apa yang disebut disitu, golongan yang kafir tapi bukan yang beragama islam..
BalasPadamWaalaikumussalam,
Padam1. Firman Allah itu secara jelas ditujukan kepada golongan jin. Semacam juga wahai manusia. Ayat umum sebegini sebenarnya merujuk kpd manusia dan jin secara umumnya tak kira jin atau manusia itu beriman atau tidak.
2. Ada sebab kenapa Allah meletakkan kata nama manusia dan jin dan bukan wahai manusia yg beriman atau jin yg beriman.
3.nasihat saya pada tuan rujuklah tafsir dan terjemahan bab ini. Sebaiknnya jangan melulu meletakkan pemahaman anda sendiri melebihi apa yg Allah dan perintahkan.
Wallahuaklam
Assalamualaikum... Nk tanya mcm mana perihal kisah Abdullah bin Abhar, jin yg membantu dalam dakwah Nabi Muhammad S.A.W, berkenaan dalil yg mengatakan ada dikalangan para sahabat berasal dr golongan jin, dan berkenaan undangan jin untuk diperdengarkan bacaan Al-Quran oleh Nabi Muhammad S.A.W ditemani seorang sahabat setelah mendengar bacaan Al-Quran oleh Nabi Muhammad S.A.W sebelum tu berdasarkan surah Al-Ahqaf ayt ke 29. Adakah hadith ini smua sahih ataupun tidak, lemah ataupun kuat? Allah S.W.T menciptakan syurga dan neraka untuk jin dan manusia, jadi adakah kenyataan sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia benar, jika ya secara automatiknya kesemua jin menjadi bahan api neraka, utk apa dijadikan syurga untuk mereka. Adakah mustahil bagi jin untuk membantu manusia dalam membimbing kita ke jalan yang benar... Berdasarkan kata kata saudara danish iaitu jin dilarang membantu manusia dalam komen Disember 31 2015... Merujuk komen saudara danish pada Februari 11 2014 "Jin islam ke kafir ke..sama sahaja.", betul ke sama? Tidak zalim ke ucapan ni utk bangsa jin?
BalasPadamWaalaikumussalam tuan anon,
Padam1. Bab hadis berkenaan jin yg namanya Abdullah bin abhar tu saya tak selidik lagi. Taraf hadis bagaimana nanti sy selidik ya.
2. Berkenaan dakwah Rasulullah s.a.w kepada jin, itu memang benar disebabkan Rasulullah s.a.w adalah Rasul akhir zaman diutuskan pd manusia dan jin. Itu mmg kerja Rasulullah s.a.w tetapi saya belum berjumpa sebarang hadis Rasulullah s.a.w menyuruh kita berdakwah kepada jin.
3. Bab arahan utk bunuh jin bertaraf syaitan memang ada. Dua atau tiga hadis.
4. Point paling asas yg perlu kita faham ialah Allah melarang keras kita minta bantuan jin dan jin membantu kita. Jika tanya saya, ya berdasarkan pengalaman saya, agak mustahil jin membimbing kita kejalan yg benar dan haq. Pointnya mudah. Larangan Allah itu bersebab. Jin yg kononnya nak membimbing manusia dan memasuki alam manusia fan berinteraksi dgn manusia sebenarnya pada awal awal lagi dah melanggar perintah Allah. Taraf jin yg mencampuri urusan manusia adalah syaitan jin.
5. Ya benar. Jin islam atau kafir sekalipun jika benda ni memasuki alam manusia dan mencampuri urusan manusia dalam segala jenis or bentuk (dakwah ke , membantu sesama islam ke) pada asasnya mmg melanggar perintah Allah yg asas. Tidak zalim sebenarnya. Itu lah hakikatnya. Ganggu manusia, maksudnya jin itu syaitan walaupun apa agama sekali pun.
6. Jin yang beriman dan bertaqwa kepada Allah akan kekal didalam jin dan hidup beribadat kpdNya dan tak akan sekali kali mencampuri urusan manusia.
Wallahuaklam
Aku orang taiping, kalau nak fight power, jom try, menang bererti kebenaran, kalah bererti kesombongan yang ada dalam diri seseorang..
BalasPadamAssalamualaikum tuan hairil,
Padam1. Tak mengapalah. Saya buka blog ini bukan utk tujuan menunjuk atau cabar mencabar
2. Ilmu tuan lebih daripada saya. Saya tidak berminat nak fight ilmu ilmu ni.
3. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.
Wallahuaklam
Salam.
BalasPadamHidup kita adalah mencari keredhaan Allah swt.Ikutlah perintah dan jauhilah larangannya.Sesungguhnya kita akan disoal apa yang telah kita buat di dunia ini....kehidupan akhiratlah yang kekal abadi.
Assalamualaikum,saudara Danish yang saya hormati. Anda mempunyai pengetahuan di dalam bidang gangguan makhluk halus dan kefahaman yang baik dan tepat tentang hal kesyirikan berlandaskan syariat. Seperti yang telah saudara jelaskan, Jika orang dapat melihat jin, maka di dalam tubuhnya terdapat jin. Kemuskilannya, mengapa saudara sendiri dapat melihat jin yang berada di dalam tubuh orang lain, sedangkan lagi mereka berjauhan dari anda. Adakah ilmu scan anda dari jin juga atau dari ilmu yang lain?. Setahu saya orang yang dapat melihat jin terdiri dari Nabi-Nabi atau orang yang benar hampir dengan Allah. melainkan itu adalah dari kasyaf jin.
BalasPadamWaalaikumussalam tuan,
Padam1. Ada dua perkara utama berkenaan khasaf ini. Khasaf drpd jin dan khasaf drp Allah. Bab ini saya dah kupas secara lanjut dalam post khasaf.
http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2011/04/kashaf-dan-jenisnya.html?m=1
2. Khasaf drpd Allah memerlukan diri yang bersih drpd jin seperti perumpamaan saya bab rokok.
3. Sebenarnya jika tuan kaji hadis hadis sahih banyak peristiwa dan hadis yg menunjukkan bahawa orang biasa juga mampu dan boleh melihat jin.
Berikut adalah hadis hadis berkenaan para sahabat dan penduduk madinah yg boleh melihat jin.
http://ilmuhaq-danish.blogspot.my/2011/06/dalil-dan-nas-teknik-bunuh-iblis.html?m=1
Dalam posting diatas Rasululllah s.a.w ada memberitahu penduduk madinah yg ada sebilangan jin telah masuk islam, bagi 3 hari kepasa jin jin ini. Selepas 3 hari jika jin ini masih ada halau. Jika halau masih x bergerak, Rasulullah suruh bunuh aja.
Dalam hadis ini menujukkan penduduk madinah memang boleh nampak jin. Termasuklah para sahabat. So penduduk madinah tu agak banyak bilangannya.
Ada satu lagi hadis
Ketika Nabi Muhammad mengerjakan solat wajib, tiba-tiba Baginda menggenggam tangannya.
Selepas solat sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah ada sesuatu yang baru dalam solat?" Rasulullah bersabda: "Tidak, tetapi sesungguhnya syaitan hendak lalu di hadapanku, lalu aku cekik sampai tanganku berasakan dinginnya mulut syaitan itu. Demi Allah, seandainya saudaraku Nabi Sulaiman, tidak mendahuluiku, nescaya akan aku ikat syaitan itu pada salah satu tiang masjid ini supaya boleh dilihat oleh anak penduduk Madinah. (Hadis Sahih Riwayat Ahmad, Daraqutni dan Thabarani).
Dalam hadis ini pun sama. Rasuullah s.a.w menangkap jin dengan tangan dan baginda berhasrat nak ikat jin tu sebagai tontonan dan permainan anak anak penduduk madinah.
Daripada contoh hadis ini, kelebihan tengok jin ini bukanlah semata mata ada pada Rasulllah dan para Rasul dan sahabat sahabat malah penduduk biasa mandinah pun boleh nampak jin ini.
Diharapkan penjelasan saya ini menjawab persoalan tuan. Asa satu lagi hadis berkenaan Rasulllah dan para sahabat berjumpa dgn iblis yang dipeintahkan Allah utk berjumpa dan menjawab soalan soalan Rasulllah s.a.w.
Wallahuaklam
Assalamualaikum. Isu perkawinan manusia dengan jin adalah masaalah khilaf.
BalasPadam"Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan hidupmu dari jenis kamu juga." (Surah an-Nahli ayat 72)
"Dan di antara tanda-tanda keagungan Allah dijadikan bagi kamu dari jenis kamu juga, pasangan-pasangan hidup, supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dijadikan bagi kamu kasih sayang dan rahmat daripada Allah SWT." (Surah ar-Rum, ayat 21).
Jumhur ulama berpendirian, tidak harus mengahwini jin. Jika berlaku perkahwinan, maka perkahwinan itu tidak sah. Kalau berlaku perhubungan jenis, mereka berkesedudukan dalam keadaan haram.
Tetapi Imam Malik bin Anas mengatakan perkahwinan itu adalah makruh dan ada ulama yang sependapat dengan Imam Malik.
Memang tidak ada dalil yang jelas dari Al Quran Dan Hadis tentang larangan berkahwin diantara dua dimensi.
Ilmu ghaib tentang alam, kehidupan, agama jin adalah sangat asing bagi manusia. Sangat susah untuk menilai akidah jin.
Perkahwinan jin dan manusia banyak menimbulkan masaalah dan kecelaruan. Dari segi nasab keturunan. kehidupan anak-anak dilingkari dua dimensi yang berbeza. Bermasalah dengan penerimaan masyarakat. Maka dengan itu hilanglah ketenangan
والله أعلمُ بالـصـواب
Assalamualaikum,
BalasPadamSaya ingin meminta nasihat, ada seorang pengamal tarik duit ini telah meninggal dunia, meninggalkan barang2 seperti keris, batu2 (saya pun tak pasti batu ape), cincin2 berbatu dan beberapa barangan lain. Apa yang diberitahu barang2 ini diterima daripada bunian dimana bukan calang2 orang boleh mendapat barang2 ini. Tambahan lagi, barangan baik seperti TASBIH diterima daripada bunian.
Si arwah meninggalkan waris2 yang boleh dikatakan tidaklah kuat ilmu agamanya sehingga berebut untuk mendapatkan barang2 yang saya nyatakan di atas. Saya dapati hanya seorang anak gadis si arwah yang cukup menentang perbuatan si arwah sebelum meninggal sehingga telah meninggal. Anak gadis ini banyak mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah ini kerana beliau khuatir barang2 ini akan memesongkan keluarganya (waris2 si arwah).
Apa yang mengaburi mata pewaris adalah, tasbih(barang baik) dan ada bomoh mengatakan barang2 seperti keris, batu dan cincin ada 'tuan', mereka golongan yang baik dan hanya untuk menjaga seluruh ahli keluarga si arwah.
Si gadis menyatakan kepada ibunya, gunalah tasbih itu untuk berzikir kepada Allah SWT untuk agar Allah SWT merahmati suaminya (si arwah). Si gadis ingin sangat untuk menghapuskan barang2 sperti keris, batu2 dan cincin tapi apakan daya kudratnya hanya seorang anak gadis yang belajar ilmu agama hanya dengan meminta pertolongan Allah SWT.
Tambahan lagi, si Arwah meninggal dalam keadaan yang baik dan tersenyum. Pewaris2 ada mengatakan, makhluk2 ada datang ke rumah untuk berzikir ketika si Arwah dalam proses untuk dimandikan dan dikafankan.
Perkara ini sangat mengelirukan si anak gadis.
Cerita ini diceritakan oleh si gadis sendiri kepada saya, saya pun tak tahu nak nasihatkan dia macammana.
Mohon pencerahan
Waalaikumussalam tuan tanpa nama,
Padam1. Banyak kes kematian digambarkan sebagai kematian yg baik akan tetapi kematian tu bukanlah kematian yg baik. Tersenyum sebagai contohnya. Ini adalah permainan biasa syaitan menyesatkan manusia.
2. Dalam kes gadis sy namakan sebagai x , bunian mmg dah jadi saka keluarga nya.
3. Kesemua barang barang yg ditinggalkan arwah daripada bunian sebaiknya dimusnahkan.
4.dlm hal sebegini ilmu agama semata mata tidak mencukupi utk selesaikan masalah saka bunian.
5. Minta sahaja gadis tu call dan aturkan temujanji dgn ustaz ismail. Kerja menerangkan pd family x tu, jgn risau. Itu mng salah satu kerja ustaz ismail.
Wallahuaklam
assalam,tuan danish.
BalasPadamsaya teringin tahu adakah syeikh2 atau ulama2 atau wali2 dengan mudah dimakbulakn doanya atau hajatnya tanpa perlu bersusah payah solat hajat @ zikir khusus.mereka hanya meminta dan ditunaikan @ dizahirkan oleh Allah.
Bagaimana pula dengan kita maksud saya yg bukan wali @ ulama @ syeikh, yang bermaksud adakah hajat kita telah dimakbulkan oleh Allah tetapi tidak dizahirkan sepertimana wali2 tadi meminta dan terus dizahirkan.
Saya teringat Allah berfirman dalam Al Quran " mintalah kepadaku nescaya Aku tunaikan."..
maka,berdasarkan soalan saya dan kaitan firman Allah tersebut, adakah sesiapa sahaja boleh meminta direct kepada Allah dan boleh terus dizahirkan ke dunia ini maksud saya hajat mereka seperti nak nasi, dapat nasi..haha..TQ
Waalaikumussalam tuan tanpa nama,
Padam1.soalan tuan kepada doa para wali terus dizahirkan oleh Allah berbanding orang biasa.
2. Utk jawab soalan ini saya lebih gemar merujuk kepada Rasulllah s.a.w dan para sahabat berbanding wali wali dan syeikh syeikh.
3. Dikirakan Rasulllah s.a.w didalam banyak hadis, byk doa nya dimakbulkan Allah. Akan tetapi para anbia termasuklah Rasulllah s.a.w tidak sewenang wenang nya meminta dizahirkan sesuatu daripada sisiNya.
4. Satu kisah sahaja iaitu kisah Nabi Musa a.s yg meminta Allah menurunkan makanan daripada syurga dalam bentuk burung madu. Akan tetapi ini kelas mukjizat. Harga yg perlu dibayar oleh bahi israel sekiranya merekq dapat makanan inu dan mereke kufur, maka mereka akan kufur selamanya.
5. Allah akan memperkenan kan doa kita tapi dgn asbab. Hanya golongan terpilih iaitu para anbia dan ahli bait sahaja dpt keistimewaan ini.
6. Jika kita doa minta nasi, jangan expect Allah tiba tiba hadirkan nasi depan kita drpd langit. Hanya anbia aja boleh minta sebegini dab ada harganya. Allah akan bagi nasi kpd tuan melalui asbab. Kawan or jirab tiba tiba bawa nasi bungkus utk tuan. Itu lah standard utk org mcm kita.
Wallahuaklam
Assalam,Tuan Danish,
BalasPadamTerima kasih atas balasan mesej yang saya tanya tempoh hari.
Izinkan lah saya untuk bertanya kepada Tuan yang seterusnya.
Dalam doa,adakah kita memohon perkara sifat @ zat sesuatu.?
Maksud saya jika kita ingin memohon nasi, kita tak akan dapat nasi secara direct, maka akan ada orang lain yang hantar pada kita..(ikut ayat Tuan Danish).
Namun, jika yang kita dapat itu bersifat contohnya nasi tadi, maka doa kita makbul dari sudut sifat shj. adakah ini membuktikan kepada kita bahawa Allah s.w.t makbulakn doa melalui jalan doa yang bersifat?
Sejarah NAbi Musa a.s untuk melihat zat Allah s.w.t tidak dibenarkan Allah s.w.t.(betulkan saya jika bersalahan),maka adakah ini bukti bahawa doa hanya makbul untuk perkara sifat semata-mata?
Adakah kaedah lain untuk memngetahui yang doa kita telah makbul sedangkan kita x pernah memohon?
Harapan saya Tuan Danish sudi membalasnya.TQ
saya selalu nampak kain putih,ada ustaz cakap ini cuma tempias dari mak saya dan mak yang perlu berubat.. boleh saya tahu macam mana nak halau benda ni?
BalasPadamAssalamualaikum tanpa nama,
Padam1. Kain putih tu merujuk kpd saka.
2.silalah dptkan bantuan ustaz mail ya. 0193619305.
Wallahuaklam
Sy ada amalkan air zam2 dgn doa yg diajar,Alhamdulillah ia berkurang sedikit,adakah dgn meminum air zam2 dapat buat sy bertahan dgn baik,atau ia sekadar keperluan semasa maksud sy perlukan rawatan susulan,sy insyaAllah tiada masalah mengenai yuran rawatan cuma takot family sy tidak yakin memandangkan sy tingal dgn mak,cuma mengharap en danish menjelaskan agar sy sedikit lega,terima kaseh JAZAKALLAH
BalasPadamWaalaikumsalam tuan Amir,
Padam1. Air Zam Zam tu adalah teknik asas ilmu belasah dan bunuh jin. Anggapkan sebagai 1st aid kit. Bermaksud kena buat juga susulan rawatan.
2. Bab emak tu tuan jangan risau. Itu termasuk dalam bayaran perkhidmatan ustaz Ismail. Dia akan berjumpa dengan emak dan akan menerangkan pada emak punya gangguan tuan dan memahamkan emak tuan.
3. Ustaz mail dah buat kerja menyampaikan dan menerangkan ni hampir 35 tahun. Jangan risau.
4. Byk sgt kes dah diselesaikan. Silalah call ustaz Ismail. Aturkan temujanji ya. 0193619305.
Wallahua'lam
Waalaikumsalam tuan Amir,
Padam1. Air Zam Zam tu adalah teknik asas ilmu belasah dan bunuh jin. Anggapkan sebagai 1st aid kit. Bermaksud kena buat juga susulan rawatan.
2. Bab emak tu tuan jangan risau. Itu termasuk dalam bayaran perkhidmatan ustaz Ismail. Dia akan berjumpa dengan emak dan akan menerangkan pada emak punya gangguan tuan dan memahamkan emak tuan.
3. Ustaz mail dah buat kerja menyampaikan dan menerangkan ni hampir 35 tahun. Jangan risau.
4. Byk sgt kes dah diselesaikan. Silalah call ustaz Ismail. Aturkan temujanji ya. 0193619305.
Wallahua'lam
Assalammualaikum, tuan nak tanya puteri balqis kawin dengan nabi sulaiman tu macam mana. Boleh ke haram, dan bunian ni tuan tahu ke asal nya,
BalasPadamWaalaikumsalam,
Padam1. Berkenaan dengan nabi Sulaiman a.s, ratu Balqis sebenarnya manusia. Cuma dikhabarkan dalam hadis mak atau ayahnya adalah jin.
2.so perkahwinan nabi Sulaiman a.s adalah benar dan tidak ada salahnya.
3. Bunian ini adalah makhluk hybrid. Manusia + jin atau manusia + bunian.
Wallahua'lam
terima kasih saudara danish atas info2
BalasPadamterima kasih atas info
BalasPadamAssalamualaikum tuan danish. Bapa sdara sy pernah tjebak dgn kes tarik duit ni. Tp dulu lah.. hari tu dia pergi bkumpulan dgn kwn2 dia ke rmah bomoh tu. Mlangnya hasil yg ditarik tak byk sbb ktanya cincin yg dpakainya tak kuat. Ckuplah duitnya dibahagi sma temanya.. sbgai bukti bapa sdara sy msih lg mnyimpan duit yg di tariknya rm1 tu.. dan sy blh lihat sndiri.. Ktanya daun2 kayu dtukarkan dgn duit tu mgunakn cincin tersebut.. soalan sy adkah jin tlah mgikut bapa saudara sy dan temanya smpai hari ni.. adakah mbawa kesan kpda org yang tggal sebumbung dgnya..
BalasPadamWaalaikumsalam tanpa nama,
Padam1. Ya. Sudah pasti ada jin yg mengikut dan mendiami diri pakcik tu.
2. Sudah semestinya ada kesan pada org yg tinggal sebumbung.
3. Sebaiknya dapatkan tunjuk ajar ustaz Ismail ya.
Wallahua'lam
Assalamualaikum. Slh seorang ahli keluarga saya ada terjebak dgn ajaran ni. Tp sy xpasti adakah itu tarik duit@ apa. Tp dia akn pergi ke gunung xxx utk wirid katanya untuk dapatkan harta. kemudian ahli keluarga sy itu selalu pinjam sejumlah wang kpd ahli keluarga lain untuk ambik barang di situ katanya. Kami ahli keluarga yg lain sgt mrh kerana sudah byk duit dihabiskan utk aktiviti ini. Boleh tuan komen?
BalasPadamwaalaikumussalam tanpa nama,
Padam1. saya dah byk komen bab ni dalam komen dan ulasan saya sebelum ini.
2. kerja syirik dan dalam kes ni sgt membazir. ambil barang kononnya tapi duit sendiri byk yg abis.
3. apapun bykkan doa pada Allah untuk berikan hidayah dan petunjuk pada si dia tu.
4. jika mahu, dapatkan bantuan ustaz Ismail.insyaAllah dia boleh bantu satu family.
wallahua'lam
Salam,
BalasPadamada info berguna yang saya dapat semasa membaca perihal tarik duit ini. Minta tolong cek email Saudara Danish.
Ada permasalah yang saya telah ajukan.
Hikma - 20170112
doa,usaha & berserah (tawakal)...sesungguhnya allah s.w.t maha belas kasihan kepada hamba2 nya...amin yarabbalalamin....
BalasPadamassalamualaikum... nk tanya kalau brg bunian ni mcm awq antum smua ckp jika ambil brg dri alam bunian, dan bunian tu akn jadikan jasad seseorg tu tmpat tinggal mereka.. tpi kalau contoh la batu permata yg diambil oleh kwn dri alam sana.. kemudian batu permata tu berpindah milik(jual).. adakah si pembeli tu akan turut disarangi oleh bunian??
BalasPadamWaalaikumussalam,
Padam1. Ya pembeli memang akan didiami bunian tu dan menggangap pembeli tu sebagai tuannya. Bunian ini akan jadi saka kepada anak anak dan keturunan pembeli tu.
Wallahuaklam
asalamualaikum....sy mohon maaf pd semua...pada pendapat sy, carilah ulama yg penuh ilmu didada spt tok guru n belajarlah darinya apa yg kita igin tahu n apa yg kita keliru....itu yg lebih baik utk kehidupan kita dlm mencari keredaan dunia akhirat...usahlah kita bertengkar lidah mencari kesalahan sesama kita...jika kita x habis @ x cukup lg ilmu belajar, jgnlah kita menafikan setip benda yg kita sendiri belum tahu akn kebenaranya. sesungguhnya manuasia yang jahil berpura2 menjadi alim adalah 1 tanda dunia akhir zaman/khiamat semakin hampir.
BalasPadamDanish..boleh tak saya berubat dengan ustad lain? Selain dari USTAD MAIL??
BalasPadamBg aku la..kalau rezeki tu dr hasil penarikan..itu hak dia..dosa pahala Allah tentukan..sebagai manusia usah jd wakil tuhan menghukum org lain..
BalasPadamJika manusia dlm kesusahan dan sudah berusaha ttpi masih dlm kesusahan haail dr penarikan dpt membantu dia apa salahnya.,nak harapkan korang kaki komen derma..haraammmm sesen pun blum tntu bg...nk merompak kang kene jail..nak menyamun..,aniaya org...nak hrp bantuan org kaya dan kerajaan..mampus keras dlu laa...kalau penarikan melalui zikir2 memuji kebesaran Allah tanpa mentera bg aku kalau Allah x wujudkan depan dia makna bukan rezeki dr Allah lah..korang igt bunian bila bg free cmtu ke x da yg suruh..ke korang bleh jd bomoh bleh baca ati bunian???andai Allah x gerakkan arahan di hati utk bunian bg barangan dia..maka x juga depa dpt betul x...semuanya rahsia Allah...kadang2 kita kene pikir bukan semua manusia senang dan mewah lain org lain jalan hidup dan rezekinya..
Bg yg duk kata haram laa...syirik laa..apa la...korang tuhan ek...ke korang nk bantu manusia yg camni..,
Akal jgn melebihi apa yg ditetapkan tuhan..
Silap2 yg komen kata salah pun salah juga andaiannya..so..renung2kan..
Rezeki dr Allah...dr mana dtgnya itu Rahsia Allah..jgn pertikaikannya
letakkan segalanya dengan izin Allah..bekerja..tarik duit apa pun kalau sampai rezekinya semua dgn izin Allah..kalau sesuatu yang kita dapat kita letakkan atas kekuatan makhluk itu lah syirik.dalam bab ibadah pun begitu juga..beribadah untuk ganjaran..pahala..syurga juga kita telah letakkan iktikad yang salah kerana sepatutnya kerana Allah..begitu juga tarik duit..kalau zikir atau apa jua amalan itu dibuat kerana Allah dan apa yang di dapati juga dgn izin Allah di mana syiriknya.Allah boleh hantar pertolongan atau bantuan dengan pelbagai cara..secara langsung atau melalui makhluk.
BalasPadamApa kah beza manusia yg hilang beratus tahun dlu dan kemudian di diam kan di alam bunian. Dan adakah mereka ini keturunan jin.
BalasPadamBukan kah masih ada yang kite dengar tentang ahli sufi yg ghaib begitu sahaja.. dan kdg kala mereka boleh muncul di alam kita.. adakah itu bunian
Jadinya sekiranya kita meminta pada bunian. Ia itu mgkin sah keturunan jin nya.
Tapi bagaimana dengan manusia yg bkn jin tetapi berkongsi alam dengan alam bunian tersebut..
Dan penarik duit ini dikatakan berurusan dengan manusia yg ghaib bukan nya bunian itu..
Dan tanpa perjanjian apa2 kecuali jual beli brg sahaja yg menjadi proses tarik duit tersebut.
Boleh trangkan sy itu hukum yg bagaimana?
Sy masih keliru kerana pelbagai perkara mistik ini x dlt sy leraikan satu persatu. Tapi kerana perkara ini la saya yg dlu nya agak nakal tetapi menerima kebaikan dri Allah asbabnya kerana perkara begini..
Bagaimana pula dengan perkara sebegini ya.
Boleh terangkan kepada saya lebih lanjut.
Dan soalan saya adakah tuan pernah pergi ke alam bunian itu.
Sy ada pertanyaan berkenaan emas yg diragui sumbernya...ia tiba2 muncul dan sy perhati tiada bertanda 916 & sebagainya..emas itu ada dlm kepercayaan pada & Ada juga bacaan alquran..namun pengamalnya tidak memenuhi tuntutan agama sepatutnya sperti meminum arak.sy sebagai penerima menjadi ragu2...email Saya utk farahdania88@gmail.com
BalasPadamAssalam Fara,
BalasPadam1. Sebaiknya jika ambil pulangkan emas tu kepada empunya nya dgn akad. Saya pulangkan emas ni dan apa sahaja yang saya ambil daripada awak yang ada pada diri saya.
2. Muncul secara tiba tiba menunujukkan emas itu daripada alam jin/bunian.
Wallahuaklam
Hang pa semua tau tak, ustaz mail yang dia recomand tu ambil upah ubat orang beribu-ribu ringgit, tu dia dok sibuk recomand suruh pi berubat dengan ustaz mail tu...
BalasPadamsaya nak no telepon ustaz mail - urgent.tolong
BalasPadamassalamualaikum tuan
Padamno ustaz ismail. 0193619305 dan +60 11-1015 7393.
Bagaimana pula dengan meditasi...sama ke dengan ilmu kasyaf? Mcm eye of horus
BalasPadamSekadar bertanya terima kasih
assalamualaikum,
Padam1. meditasi adalah cara bathil utk buka mata khasaf. eyes of horus adalah eyes of djin.
2. elakkan guna cara ini.
wallahua'lam
Ada orang cakap boleh zahirkan duit dengan guna barangan haiwan tembaga...sekadar menambah ilmu jika ada pencerahan....
BalasPadamassalamualaikum zuwayn,
Padam1. zahir kan melalui apa cara pun sebenarnya bathil.
2. mudah nak faham, secara umumnya apa sahaja cara yg seakan magic, menzahirkan sesuatu drpd asalnya bukan duit kpd duit adalah bathil. bathil adalah sesuatu yg Allah murka dan benci.
3. maybe boleh tetapi elakkanlah.
wallahua'lam
Ada orang cakap boleh zahirkan duit dengan guna barangan haiwan tembaga...sekadar menambah ilmu jika ada pencerahan....
BalasPadamassalamualaikum tuan,
BalasPadam1. menzahirkan duit daripada tiada kepada ada? itu sihir tuan. ada amalan yg menukarkan kertas biasa kepada duit pun dengan bantuan jin dan bunian jin.
2.mmg boleh sgt dgn haiwan tembaga. apa jenis barangan pun boleh ikutkan asalkan syaitab ni dapat memesongkan iman kita.
wallahua'lam