Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 31 Mac 2026

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

 Assalamualaikum kepada semua pembaca semoga semuanya dirahmati Allah dan dalam KurniaNya.


Agak lama saya tak update blog saya ni. Nak bersawang dah jadinya. Saya hari ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca yang beragama Islam. Sebulan sudah kita berpuasa membersihkan batin kita dgn ibadah puasa dan akhirnya hari Raya sudah menjelang. Saya kebiasanya menggunakan hari raya ini sebagai satu cara untuk memulangkan ilmu dan kepunyaan bathil yang saya terambil dari kenalan dan sanak saudara saya. Ucapan yang boleh digunakan adalah seperti berikut:-

"Selamat Hari Raya Aidil fitri tuan. Maaf zahir dan batin. Kosong kosong antara saya sekelurga dengan Tuan Sekeluarga"

Jika anda faham akad diatas maka tuan tuan dah faham sebahagian dari ilmu haq yang telah saya sampaikan. Jika ada para pembaca yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar berkenaan gangguan pada diri sendiri, pasangan dan kaum keluarga, sila hubungi ustaz ismail 011-1015 7393.

Salam hari raya kepada semua pembaca dan peminat blog saya. Saya doakan kebaikan dan rahmat Allah yang berterusan kepada anda semua.




Khamis, 5 Jun 2025

 Boleh atau tidak melawat kuil kuil Cina , Hindu dan Gereje untuk tujuan lawatan dan bersiar siar?


Assalamualaikum semua pembaca,

Maaf sudah agak lama saya tak kemaskini blog ini atas faktor faktor kesibukan. Saya terpanggil untuk membuat posting berkenaan ramai orang islam yang melawat kuil kuil hindu dan cina serta gereja apabila mereka pergi melancong ke dalam negara atau luar negara. Saya tidak akan mengupas hal ini berdasarkan hukum feqah haram makruh atau harus disebabkan banyak ustaz ustaz yang diluar sana sudah pun mengelaskan bab feqah ni.

Saya akan mengupas kenapa kita tak boleh atau larang untuk melawat masuk menangkap gambar selfie bagai didalam tempat ibadah non muslim dari segi ilmu haq. 


إِن يَدْعُونَ مِن دُونِهِۦٓ إِلَّآ إِنَـٰثًۭا وَإِن يَدْعُونَ إِلَّا شَيْطَـٰنًۭا مَّرِيدًۭا ١١٧

Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah), dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan Syaitan yang derhaka (4-17).


Dari ayat diatas sebenarnya menerangkan bahawa berhala berhala yang ada didalam kuil dan gereja itu adalah tempat syaitan yang derhaka tinggal. dari segi ilmu haqnya sememangnya banyak syaitan jin tinggal didalam kuil terutama nya di badan patung patung berhala yang disembah oleh non muslim. 

So barang siapa yang masuk kedalam kuil kuil ini walaupun berada diluar kawasan kuil tu sebenarnya sudah pun meletakkan dirinya menjadi sasaran serangan syaitan jin ini. Maksudnya jin ini akan menyerang dan masuk kedalam diri anda dan menggangu anda daripada dalam.

Ada satu kes yang melibatkan pesakit ustaz ismail ialah berkenaan tempat tidur anak pesakit yang dindingnya adalah altar tempat penyembahan hindu. disebelah rumah apartment ini keluarga hindu meletakkan altarnya didinding dan disebalik dinding tu, katil anak pesakit. betul betul sebelah sahaja. Apa yang berlaku pada anak pesakit ni ialah dia sepanjang waktu tidak sihat, demam sakit kepala lesu dan sentiasa sakit. apa yang berlaku ialah syaitan yang berada dipatung patung berhala ini telah masuk dan menyerang anak pesakit dirumah sebelah.

Saya harapkan para pembaca boleh mengambil pengajaran dari posting saya kali ini. Saya doakan semua pembaca dipermudahkan urusan dan rezeki dan diberikan ilmu yang haq yang bermanafaat pada diri anda dan keluarga anda.


Wallahuaklam



Ahad, 7 Julai 2024

Perkhidmatan membuang saka, ilmu batil dan membersihkan rumah dari gangguan

 Assalamualaikum para pembaca yg dirahmati Allah,


Semoga semua pembaca semua sihat dan didalam Rahmat Allah. Kepada pembaca yg memerlukan bantuan membuang saka, gangguan jin atau membersih rumah dari gangguan boleh call atau whatsapp terus kepada ustaz Ismail. 

Bab membersih rumah yg bergangguan ni satu topic yang akan saya kupas kelak 


Ismail 011-1015 7393.


Wallahuaklam 

Rabu, 9 November 2022


 Ajarkan pada anak-anak mu. Nampak HANTU kejar dan TUMBUK. Bukan lari dan TAKUT HANTU. Barulah Muslim sejati.




*Hadith 1 – Rasulullah Ingin Mengikat Jin Ifrit*



إِنَّ عِفْرِيتًا مِنْ الْجِنِّ تَفَلَّتَ عَلَيَّ الْبَارِحَةَ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا لِيَقْطَعَ عَلَيَّ الصَّلَاةَ فَأَمْكَنَنِي اللَّهُ مِنْهُ وَأَرَدْتُ أَنْ أَرْبِطَهُ إِلَى سَارِيَةٍ مِنْ سَوَارِي الْمَسْجِدِ حَتَّى تُصْبِحُوا وَتَنْظُرُوا إِلَيْهِ كُلُّكُمْ فَذَكَرْتُ قَوْلَ أَخِي سُلَيْمَانَ رَبِّ { هَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي }

قَالَ رَوْحٌ فَرَدَّهُ خَاسِئًا

Isnin, 7 November 2022

Kemurungan (Depression) , serangan panic (panic attack) dan kegusaran melampau dan bipolar (anxiety) kupasan.


 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pelawat,


Saya terpanggil untuk membuat sedikit kupasan berkenaan penyakit penyakit jiwa seperti kemurungan (Depression), panic attack dan anxiety attack. Banyak saya lihat didalam facebook orang menyiarkan kisah mereka yang diserang penyakit atau mengalami masalah masalah perasaan ini sehingga ada sebahagian mereka membunuh diri atau tidak dapat menjalani hidup yang selesa dan normal. Sefaham saya masalah depression, bipolar dan anxiety or panic attack ini sebenarnya masalah yang hampir sama berkenaan masalah jiwa dan perasaan.

Rabu, 13 April 2022

Selamat berpuasa dibulan penuh rahmat: persoalan syaitan diikat dibulan Ramadhan tetapai gangguan jin tetap ada.


 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Mohon maaf sebab lama tak update laman blog saya ni. Sibuk dgn urusan duniawi dan ukhrawi. Apa pun saya ingin share persoalan benarkah syaitan jin diikat sepanjang bulan Ramadhan akan tetapi kenapa masih ada gangguan dibulan mulia ini.

Perkara yang sering bermain difikiran segelintir manusia ketika bulan Ramadan. Sedikit ulangkaji buat mereka mereka yang memikirkannya.


Adakah syaitan dirantai atau dibelenggu ketika bulan Ramadan?


Sabda Rasulullah SAW, “Ketika masuk bulan Ramadan maka syaitan-syaitan dibelenggu, pintu-pintu syurga dibuka, dan pintu-pintu neraka ditutup” (HR Bukhari dan Muslim


Jika syaitan-syaitan dibelenggu atau dirantai, mengapa masih berleluasa kemaksiatan atau pun masih kelihatan kelibat makhluk durjana ini oleh sesetengah orang ketika bulan Ramadan?


Jawapan:

Hadith tersebut 100% betul. Yakinlah dengan sepenuh hati. Mungkin kefahaman untuk memahami hadith tersebut belum dikurniakan kepada kita lagi.


Syaitan atau jin yang dibelenggu atau dirantai pada bulan Ramadan ialah syaitan atau jin yang TIDAK BERTUAN sahaja.


Walaubagaimanapun, syaitan atau jin yang BERTUAN tidak akan dibelenggu atau dirantai pada bulan Ramadan. Ianya masih tetap kekal dalam tubuh badan pemiliknya.


Oleh sebab itu, di bulan Ramadan masih terdapat :

1) Orang yang terkena histeria

2) Orang yang berbuat maksiat

3) Sihir masih berjaya dilakukan

4) Orang bercakap dengan sakanya

5) Orang yang ada ilmu kebal masih kebal

6) Orang yang ternampak entiti ghaib

7) Orang baran melampaui batas

8) Gangguan sihir masih belum berhenti

9) Masih berinteraksi dengan "khadam" nya


Dan sebagainya.....


Oleh kerana itulah tidak ada apa yang perlu dihairankan sekiranya tingkahlaku sesetengah orang masih sama sepanjang bulan Ramadan.


Namun demikian, masih ada juga pendapat ilmuan ilmuan lain yang berlawanan dengan kenyataan diatas. 


Sebarang pendapat adalah diraikan. Ilmu dan kefahaman manusia berbeza beza. Orang memberikan pendapat mengikut tingkat ilmu yang dimiliki. Tidak perlu berbalah dalam menegakkan hujah masing masing. Berlapang dadalah.


Masih boleh ditolak hujah hujah diatas. Dipersilakan..


Jin, Iblis, Syaitan dan keturunannya mesti dikalahkan.


#dicopy dr anak murid saya en Harith.


Selamat berpuasa dan saya doakan semua dalam rahmat Allah semata mata